• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kuliah khas ‘Syria Berdarah’ di UNIMAS

on 29 August 2014.

Kuliah khas ‘Syria Berdarah’ di UNIMAS

Syria Berdarah-3

KOTA SAMARAHAN, 29 Ogos : Penceramah terkemuka, Ustaz Kapten Asri Khalid, dari Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria (Syria Care) menceritakan kejadian-kejadian menyayat hati yang berlaku kepada penduduk di Syria menerusi kuliah khas ‘Syria Berdarah’ di Fakulti Sains Sosial UNIMAS, kelmarin.

Penceritaan beliau itu telah menarik minat kira-kira 100 orang kakitangan UNIMAS yang turut merasa sedih dan hiba tatkala penayangan video dan gambar-gambar penyeksaan rakyat Sunni di Syria di paparkan.

Dalam kuliah khas tersebut, Ustaz Kapten Asri menerangkan jumlah komposisi rakyat di Syria, punca sebenar konflik berdarah di Syria, penyeksaan kepada penduduk Sunni oleh rejim Basyar, sifat-sifat buruk Syiah yang membenci penduduk Sunni dan menghina agama Islam, nabi-nabi, isteri dan Rasullah S..A.W sendiri.

Tujuan kuliah khas ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Syria dan keperluan rakyat Syria demi membantu mereka dari sudut harta benda dan politik mereka.

Ia juga untuk mewujudkan alternatif kepada rakyat Malaysia menyampaikan apa yang mereka termampu kepada saudara kita yang memerlukan bantuan di Syria.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa