• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan 1 ke UNIMAS

on 29 August 2014.

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan 1 ke UNIMAS

mary 12 of 13

 

KOTA SAMARAHAN, 29 Ogos : Timbalan Menteri Pendidikan  1, YB Datuk Mary Yap Kain Ching telah  mengadakan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada hari ini. 

Lawatan ini adalah yang pertama buat YB Datuk Mary Yap Kain Ching ke kampus Unimas di Kota Samarahan.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk meneliti dan mengetahui secara khusus dan komprehensif penglibatan serta pencapaian pihak Unimas dalam pembangunan luar bandar di negeri Sarawak.

Dalam lawatan kerja ini, YB Datuk Mary Yap Kain Ching telah diperkenalkan kepada Pegawai-pegawai utama universiti.

YB Datuk Mary Yap Kain Ching telah diberi taklimat mengenai sejarah penubuhan Unimas sejak tahun 1992 oleh  Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi.

Turut memberi taklimat ialah Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti, Profesor Madya Dr Haji Mohd Ibrahim Safawi Mohd Zain, juga telah memberi pencerahan berkaitan projek-projek pembangunan dan komuniti yang telah dilakukan oleh Unimas.

YB Datuk Mary Yap Kain Ching yang juga Ahli Parlimen Tawau, Sabah, amat menghargai dan memuji usaha UNIMAS dalam membantu penduduk di kawasan luar bandar menerusi usaha dan inisiatif berterusan dalam soal pembangunan khususnya di negara ini.

Beliau amat yakin dengan kepakaran yang terdapat di Unimas, akan dapat memberansangkan lagi pembangunan di negara ini terutama kepada penduduk luar bandar.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134869

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa