• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

FSKTM anjur bengkel permodelan penyakit

on 05 September 2014.

FSKTM anjur bengkel permodelan penyakit

fcsit-modeling1

KOTA SAMARAHAN, 5 September: Jabatan Sains Komputan dan Matematik, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UNIMAS telah menganjurkan bengkel bertajuk ‘Permodelan Penyakit’ hari ini.

Bengkel tersebut buat julung kali dianjurkan oleh fakulti berkenaan dan ia menjurus kepada usaha fakulti membantu di dalam bidang kesihatan terutama membendung wabak penyakit.

Menurut Pengerusi bengkel, Profesor Madya Dr Jane Labadin, bengkel berkenaan menghimpunkan pakar-pakar di dalam bidang pengkomputeran sains dan matematik dan bidang kesihatan.

“ Kita berharap bengkel ini dapat mewujudkan kerjasama di antara peserta serta mencari persamaan dalam usaha membantu negara mencari atau membendung masalah wabak atau penyakit di persekitaran kita.”

“Kita mahu mencari atau membuat model penyakit yang boleh digunakan untuk mengenal pasti wabak penyakit sebelum ia menular dan berbahaya kepada masyarakat dunia,” katanya.

fcsit-modeling3
Ketua Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, Dr Razitasham semasa ditemubual berkata bengkel seumpama itu merupakan langkah yang baik kerana ia dapat memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi maklumat dan memahami peranan masing-masing di dalam membantu negara.

“Dengan adanya permodelan penyakit, kita boleh mengambil langkah awal untuk membendung penyakit sekaligus menyelamat nyawa manusia sejagat,” katanya lagi.

Beliau turut berharap agar fakulti tersebut dapat mengadakan lebih banyak bengkel yang sama pada masa akan datang.

fcsit-modeling2
Manakala, Teoh Shian Li, pelajar peringkat sarjana di UNIMAS gembira kerana dapat mengikuti bengkel tersebut yang memberi banyak ilmu dan manfaat kepadanya.

“ Bengkel ini memberi peluang kepada saya dan penyelidik lain berkongsi ilmu dan seterusnya berbakti kepada masyarakat dan negara,” katanya lagi.

Sebanyak tujuh taklimat dilakukan termasuk dua dari tetamu jemputan iaitu dari Dr Marc Choisy bertajuk ‘ Spatial dynamics of infectious diseases: modeling approaches and consequences for public health’ dan Profesor Madya Dr Razitsham bt Safii dengan tajuk ‘Control and preventive measures in infectious diseases”.

Selain itu, lima lagi taklimat turut diperdengarkan bertajuk ‘ Modeling generic transmission model for mosquito-borne infectious diseases’, ‘Dengue outbreak detection model based on danger theory’, ‘ Temporal model for transmission of P.Knowlesi malaria in Sarawak’, ‘ Web algorithm search engine based network modeling of malaria transmission’, dan ‘Incorporating human behavior via game in disease modeling.’

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3132390

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa