• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kepakaran dimiliki UNIMAS bantu sistem perparitan negara

on 08 September 2014.

Kepakaran dimiliki UNIMAS bantu sistem perparitan negara

Profesor Dr Kopli Bujang

Profesor Dr Kopli Bujang

KOTA SAMARAHAN, 8 September : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi antara penganjur utama di dalam Persidangan Antarabangsa Perparitan Bandar kali ke-13, yang diadakan selama satu minggu bermula hari ini.

Penglibatan UNIMAS di dalam persidangan besar seperti ini dilihat sebagai satu peluang buat universiti ini sendiri untuk menyumbang kepakaran di dalam bidang perparitan kepada negara.

Timbalan Naib Canselor (Inovasi dan Penyelidikan) UNIMAS, Profesor Dr Kopli Bujang dalam temuramah ringkas berkata, sebagai contoh pakar-pakar di Fakulti Kejuruteraan UNIMAS boleh mengunakan kepakaran dan ilmu yang ada untuk tujuan tersebut.

“Kita mempunyai golongan profesional dan pakar dalam bidang perparitan. Jadi, bagi saya, penglibatan di dalam persidangan begini perlu dan bertepatan di saat kita sedang mencari jalan-jalan untuk membantu masyarakat dan negara secara keseluruhannya,” katanya lagi.

Sementara  itu, Ketua Jabatan Kejuruteraan Sivil, Fakulti Kejuruteraan UNIMAS, Puan Rosmina Ahmad Bustami berkata,Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak telah menyediakan geran sebanyak RM500 ribu kepada fakulti tersebut bagi membuat projek mega sistem perparitan bandar. Katanya, projek tersebut yang dikenali sebagai projek pengurusan saliran mesra alam kini sedang diusahakan oleh fakulti berkenaan di kampus UNIMAS.

 Beliau berkata,  dalam persidangan tersebut, tiga orang pensyarah di UNIMAS akan melakukan perbentangan kertas kerja iaitu Dr Charles Bong Hin Joo dengan tajuk “ Self-cleansing design of rectangular open storm sewer’, Dr Darrien Mah Yau Seng dengan tajuk ‘ Riparian buffers: Investigation on ecological functions and associated widths’ dan Puan Nor Azalina Rosli dengan  tajuk ‘ Elucidation on green roof runoff quality’ .

Artikel : Sarena Haidir | Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3138149

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa