• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

SMK TPDPH Normah adakan lawatan sambil belajar ke UNIMAS

on 17 September 2014.

SMK TPDPH Normah adakan lawatan sambil belajar ke UNIMAS

normah 2

PIX Normah1

KOTA SAMARAHAN, 17 September: Seramai 37 orang pelajar terdiri daripada ahli Persatuan Pelajar-pelajar Pra Universiti SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro, telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.

Turut sama menyertai lawatan bersempena dengan program selangkah menuju ke menara gading ini ialah Yang Di-Pertua MPP/Pengerusi Persatuan Tingkatan 6, Pra U SMK TPDPH Normah, Encik Mohammad Alif bin Yusuf dan lima orang guru pengiring.

Kehadiran rombongan pelajar dan guru tersebut telah disambut mesra oleh Penolong Pendaftar dari Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat, Puan Aileen Anne ak Jinggong.

Antara objektif lawatan tersebut adalah untuk memberi informasi kepada pelajar mengenai syarat kemasukan dan pilihan kursus yang ada semasa mereka membuat pilihan untuk masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam kelak.

Selain itu, ia juga sebagai mendedahkan pelajar mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar di menara gading.

Dalam sesi lawatan tersebut, Puan Aileen Anne turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai penubuhan dan fakulti-fakulti yang terdapat di dalam UNIMAS kepada para ahli rombongan dan rombongan di bawa melawat sekitar Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) dan sekitar kawasan UNIMAS.

Artikel oleh :Sarena Haidir || Foto : Bujang Mohamad

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111902

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa