• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar serbu UNIMAS: 232 pelajar dari empat sekolah lawat UNIMAS dalam sehari

on 18 September 2014.

Pelajar serbu UNIMAS: 232 pelajar dari empat sekolah lawat UNIMAS dalam sehari

Lawatan Bintulu 2

Lawatan dari SMK Bintulu di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat

suai

Lawatan daripada SMK Suai, Miri

SMK nanga

Lawatan daripada SMK Nanga Dap, Kanowit.

kanowit

Lawatan daripada SMK Kanowit.

Kota Samarahan, 18 September : Pertengahan bulan September memberi makna besar kepada UNIMAS apabila dalam satu hari sahaja, universiti ini telah menarik perhatian lebih 200 orang pelawat.

Pada Isnin lepas (15 September 2014), empat buah sekolah telah memilih UNIMAS sebagai lokasi lawatan mereka untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai corak pengajian di menara gading.

Lawatan ini melibatkan 232 orang pelajar dan guru dari SMK Suai Miri, SMK Nanga Dap Kanowit, SMK Bintulu dan SMK Kanowit.

Antara bahagian, pusat dan fakulti yang dilawati oleh sekolah-sekolah berkenaan seperti Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Student Pavillion, dan Fakulti Seni Gunaan danKreatif.

Objektif lawatan keempat-empat sekolah itu adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai alam pengajian di universiti tempatan, memberi input yang lebih jelas tentang syarat-syarat kemasukan di UNIMAS, kursus-kursus yang ditawarkan di UNIMAS dan sebagainya.

Selain itu, ia juga sebagai mediumuntuk meningkatkan kepekaan dan kesedaran tentang kepentingan memantapkan sistem pengurusan diri pelajar dan mendapat pengetahuan baru serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam menjalankan tugas pada masa akan datang.

Artikel : Monica Igu || Foto : Bujang Mohamad

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3129466

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa