• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pengurusan Makmal Di UNIMAS Contoh Terbaik

on 19 September 2014.

Pengurusan Makmal Di UNIMAS Contoh Terbaik

deshon

KOTA SAMARAHAN,19 September : Seramai 35 orang terdiri daripada guru dan kakitangan pelaksana dari SMK Deshon dan Pejabat Pelajaran Daerah Sibu, telah melawat Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) UNIMAS, kelmarin.

Lawatan tersebut sempena dengan program penanda arasan pengurusan makmal sains SMK Deshon dan PPD Sibu.

Dalam lawatan tersebut, peserta rombongan telah dibawa melawat makmal-makmal FSTS dan diberi taklimat oleh Pegawai Sains, Encik Leo Bulin.

Menurut Pengetua SMK Deshon, Encik Nicholas Bamphield, lawatan tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru dan kakitangan pelaksana tentangkeselamatan, aturan dan pengurusan makmal yang baik dan berkesan.

Beliau memberitahu pihaknya memilih UNIMAS kerana universiti ini mempunyai fakulti yang menawarkan kursus melibatkan pengurusan makmal yang berkesan seperti yang terdapat di FSTS.

“Ini merupakan peluang kepada kami untuk belajar sesuatu yang baik berkaitan pengurusan makmal dan di harap ia dapat dijadikan contoh sebagai usaha menambah-baik pengurusan makmal di sekolah masing-masing,” katanya lagi.

Beliau memberitahu rombongan mereka mengadakan lawatan ke Kuching selama dua hari bermula kelmarin dan antara tempat yang dilawati sambil belajar seperti di PTPL, dan SK Tan Sri Datuk Mohamed.

Artikel :Sarena Haidir || Foto : Bujang Mohamad

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa