• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

PKMA, Penyerahan Bahan Bacaan ke Perpustakaan Komuniti Kg. Salak dan Perpustakaan Kem Penrissen

on 23 September 2014.

PKMA, Penyerahan Bahan Bacaan ke Perpustakaan Komuniti Kg. Salak dan Perpustakaan Kem Penrissen

Serahan-sumbangan-Perpustakaan Komuniti Kg. Salak

Kota Samarahan, 19 September: Pusat Khidmat Maklumat Akademik telah mengadakan Majlis Penyerahan Bahan Bacaan ke Perpustakaan Komuniti Kg. Salak bagi fasa kedua dan Perpustakaan Kem Penrissen bagi kali pertama pada Jumaat lepas.

Sebanyak 68 judul bahan disumbangkan ke Perpustakaan Komuniti Kg. Salak dan 57 judul bahan disumbangkan ke Perpustakaan Kem Penrissen.

Program ini merupakan Program Khidmat Masyarakat di bawah Unit Promosi & Antarabangsa dengan kerjasama Kelab PKMA.

Tujuan program sebegini diadakan adalah untuk mewujudkan satu jalinan kerjasama pintar bagi mempertingkatkan penglibatan serta sumbangan khidmat PKMA kepada komuniti luar.

Sebagai sebuah Pusat Khidmat Maklumat Akademik, PKMA ingin berkongsi dan memanjangkan ilmu pengetahuan serta bacaan santai kepada komuniti di luar sana bagi menggalakkan masayarakat yang cintakan ilmu.

Sumber bahan bacaan untuk disumbangkan bagi Program Khidmat Komuniti PKMA diperolehi daripada Donation Book Station yang disediakan di pintu masuk PKMA sejak dari tahun lepas lagi.

Buku-buku ini adalah sumbangan dari para pelajar, pensyarah dan staf UNIMAS. Selain itu, terdapat juga buku-buku yang dihadiahkan kepada PKMA oleh organisasi dan orang luar.

cais-kem-penrissen

Berita dan gambar oleh Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA)

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141175

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa