• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Bahagian Penerbitan anjur bengkel penulisan artikel

on 23 September 2014.

Bahagian Penerbitan anjur bengkel penulisan artikel

Bengkel-9

 

KOTA SAMARAHAN, 23 September : Penulis yang baik akan menghasilkan artikel yang boleh menzahirkan rasa kepuasan di dalam diri sendiri dan pembaca, kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial UNIMAS, Dr Jeniri Amir.

Beliau merupakan penceramah jemputan bagi Bengkel Penyediaan Artikel yang dianjurkan oleh Bahagian Penerbitan dan Unit Pembangunan Modal Insan UNIMAS, yang diadakan selama satu hari bermula pagi tadi.

Beliau memberitahu, penulis yang baik akan menulis artikel dengan jelas, tepat dan menarik supaya ianya dapat diterima dan difahami pembaca.

“Banyak faktor yang perlu kita amalkan sekiranya mahu menjadi penulis baik antaranya rajin usaha, disiplin, minat membaca, pengalaman dan sebagainya,” katanya.

Dr Jeniri menerangkan penulis memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus di samping penguasaan aspek teknikal dan bahasa yang baik.

Dalam bengkel tersebut, Dr Jeniri telah memberi penerangan tentang ayat-ayat baharu dan betul dalam penulisan, jenis-jenis rencana, mencari bahan untuk artikel, dalil-dalil dalam penulisan artikel, mengenal pasti dalil dalam artikel, menulis artikel berkualiti, retorik dalam penulisan artikel, kesalahan umum dalam penulisan dan sebagainya.

Sementara itu, majlis perasmian bengkel ini telah dilakukan oleh Pengarah Bahagian Penerbitan UNIMAS, Profesor Madya Dr Ahi Sarok.

Dalam ucapan ringkas, Dr Ahi mengalu-alukan kedatangan para peserta dan berharap bengkel ini akan memberi manfaat kepada peserta.

Menurut beliau, objektif bengkel adalah untuk memupuk kepakaran dan kecekapan dalam menjalankan tugas sebagai penulis yang berkesan dan mengenal-pasti kelemahan yang yang ada sehingga boleh menjejaskan komunikasi penulis dna pembaca.

Selain itu ia juga diadakan untuk melatih para peserta secara teori dan amali tentang aspek penulisan khususnya artikel.

Artikel :Sarena Haidir || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135030

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa