• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

U-DESA bantu usahawan desa tingkatkan perniagaan

on 30 September 2014.

U-DESA bantu usahawan desa tingkatkan perniagaan

u desa

KOTA SAMARAHAN, 29 September : Program Usahawan Desa (U-DESA) telah diadakan di Kampung Stunggang Melayu Lundu selama dua hari bermula 27 hingga 28 September lepas.

Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikendalikan oleh Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan JKK Kampung Stunggang Melayu Lundu.

Objektif program tersebut diadakan adalah sebagai satu usaha untuk mentransformasikan usahawan di kampung berkenaan ke arah pengkomersialan produk perniagaan secara lebih efektif dan berdaya saing.

Selain itu, ia  merupakan inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan usahawan desa dalam penyediaan pelan strategik perniagaan,penjenamaan produk perniagaan, pengurusan kewangan perniagaan dan jaminan kualiti dalam perniagaan yang diadakan dalam bentuk siri-siri bengkel.

Ketika berucap di Majlis Perasmian Program Memperkasa Usahawan Desa (U-DESA), Kampung Stunggang Melayu, Tuan Haji Hamsein Haji Attar, Pegawai Daerah Lundu mengalu-alukan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak dalam usaha menaik taraf usahawan desa.

Program ini dihadiri oleh Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Mohd Zain (Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Jaminan Kualiti, UNIMAS merangkap Urusetia Pusat Transformasi Komuniti Universiti), Prof Lau Seng (Pengarah Pusat Pemindahan Teknologi dan Perundingan, UNIMAS yang juga selaku Ketua Projek U-DESA), Ketua Kaum Encik Abdul Rahim bin Haji Sar, Penghulu-penghulu serta usahawan-usahawan Kampung Stunggang Melayu, Lundu.

Artikel: Lau Yat Ling || Foto: Hj. Bujang Mohamad

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111903

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa