• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Dua buah sekolah di Simunjan lawat UNIMAS

on 02 October 2014.

Dua buah sekolah di Simunjan lawat UNIMAS

gedong

semunjan

KOTA SAMARAHAN, 2 Oktober : Seramai 150 orang terdiri dari pelajar dan guru di dua buah sekolah di daerah Simunjan telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.

Dua sekolah berkenaan iaitu dari SMK Simunjan No1 dan SMK Sri Sadong mengadakan lawatan tersebut bersempena dengan program motivasi kecemerlangan pelajar SPM yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan dengan kerjasama Yayasan Sarawak.

Menurut salah seorang guru pengiring, Mohd Nazeri Othman, lawatan tersebut yang dibiayai oleh Yayasan Sarawak, diadakan selama tiga hari bermula hari ini.

“Kita memilih UNIMAS kerana kita mahu pelajar tahu tentang syarat-syarat kemasukan serta pilihan kursus yang ada dan merebut peluang ini sebaik mendapat keputusan SPM kelak” katanya lagi.

Beliau berkata, program motivasi kecemerlangan itu merupakan satu pendekatan yang difikirkan berkesan dalam menyampaikan input-input bermakna kepada pelajar tingkatan lima.

Katanya lagi, antara objektif program iaitu menanam sikap positif pelajar, membantu pelajar dalam teknik-teknik menjawab soalan SPM, membina keyakinan diri pelajar serta menjalin kerjasama dengan agensi negeri dan universiti tempatan.

Dalam sesi lawatan tersebut, Penolong Pendaftar dari Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat, Puan Aileen Anne ak Jinggong telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai penubuhan dan fakulti-fakulti yang terdapat di dalam UNIMAS kepada para ahli rombongan dan rombongan di bawa melawat sekitar Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) dan sekitar kawasan UNIMAS. 

 

Artikel : Monica Igu || Foto : Shaiful Nizam

 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa