• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Hubungan Setiakawan UNIMAS dan Bank Islam Diperkukuhkan Melalui Sumbangan Zakat Perniagan

on 02 October 2014.

Hubungan Setiakawan UNIMAS dan Bank Islam Diperkukuhkan Melalui Sumbangan Zakat Perniagaan

bank islam

KUCHING, 2 Oktober : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menerima zakat perniagaan berjumlah RM 30,000 daripada Bank Islam (M) Berhad untuk disalurkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

“Sumbangan zakat tersebut akan disalurkan ke tabung khas yang telah diwujudkan di bawah seliaan Pusat Khidmat Pelajar UNIMAS, yang mempunyai jawatankuasa khas bagi melihat keperluan serta kelayakan pelajar melalui rekod sedia ada,” Ucap Yang Berbahagia Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS.

“Selain Bank Islam, tabung khas tersebut telah menerima sumbangan berbentuk serupa daripada pihak Bank Rakyat dan Malaysian Building Society Berhad (MBSB),” katanya lagi.

“Saya doakan agar Bank Islam terus maju dan berharap melalui sumbangan ini, para pelajar yang akan menerimanya akan dapat menggunakan kemudahan tersebut dengan sebaiknya dan seterusnya membawa kepada pembangunan UNIMAS,”Tambah beliau lagi.

Sementara itu, YBhg Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh, Ketua Perhubungan Strategik, Pejabat Pengarah Urusan Bank Islam berharap, melalui penyerahan zakat perniagaan ini, semangat setiakawan yang akrab antara kedua-dua institusi akan bertambah teguh.

Bank Islam mula menyumbang zakat kepada UNIMAS sejak tahun 2009 bagi membantu para pelajar yang kurang kemampuan mengikuti pelbagai jenis pengajian di UNIMAS.

“Hampir RM 1 juta diperuntukan untuk zakat perniagaan ini yang akan diserahkan kepada para pelajar yang kurang kemampuan serta fakir miskin.” Ujar Dato’ Wan Ismail.

Di Majlis Penyerahan Zakat tersebut, satu upacara lafaz Zakat telah berlangsung di mana UNIMAS diwakili oleh Ustaz Yazid Shamsuddin, Pegawai Hal Ehwal Islam dan Bank Islam diwakili oleh YBhg Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh.

Seterusnya majlis turut menyaksikan penyerahan replika cek berjumlah RM 30,000 oleh YBhg Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh kepada YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua institusi.

Turut manarik perhatian adalah kehadiran dua bekas pelajar UNIMAS yang kini berkhidmat bersama Bank Islam iaitu saudara Amri Ahmad, Pengurus Wilayah untuk Perniagaan Konsumer serta Kamaruzzaman Padil, yang merupakan Pengurus Bank Islam Cawangan Kota Samarahan. 

Amri, merupakan salah seorang 30 orang pelajar perintis Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Sesi 95/96 dan bergraduat pada tahun 1999 manakala Kamaruzzaman bergraduat setahun selepas itu.

Kedua-duanya melahirkan rasa bangga serta teruja dengan kesempatan untuk terlibat sama dalam majlis tersebut.

Majlis tersebut berlangsung di Hilton Hotel Kuching dan turut dihadiri oleh para pegawai kanan UNIMAS dan juga Bank Islam.

Artikel : Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3112120

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa