• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Mahasiswa Aset Penting Masa Depan Negara

on 04 October 2014.

Mahasiswa Aset Penting Masa Depan Negara

Pic 1

KOTA SAMARAHAN, 3 Oktober : Satu Sesi Pemahaman dan Perkongsian Idea bersamaWarga Institusi Pengajian Awam (IPTA) anjuran Bahagian Perancangan Strategik, Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi telah diadakan di Universiti Malaysia Sarawak yang bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa dan berkongsi idea mengenai isu-isu semasa serta hal-hal berkaitan falsafah Negara dan dasar-dasar Kerajaan.

Sesi yang dibahagi kepada dua sesi tersebut melibatkan kumpulan sasaran yang terdiri daripada para pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pelajar di universiti dan kumpulan yang terdiri daripada pemimpin pelajar pada sesi kedua.

Dikendalikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Shalan Ismail, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, pelbagai isu semasa telah dibincangkan serta dikongsi seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan subsidi petrol, politik, isu hak asasi manusia dan juga cabaran mahasiswa masa kini.

“Mengendalikan generasi kini perlukan pendekatan berbeza berbanding zaman dahulu, seiring dengan kepesatan teknologi terkini,”Ucap Dato’ Shalan kepada kira-kira 40 orang pegawai Pusat Khidmat Pelajar dalam sesi perjumpaan pertama.

“Cabaran yang dihadapi juga berlainan, dan sebagai mereka yang dekat dengan para pelajar di kampus, kita harus mampu sesuaikan diri, kemahiran serta ilmu mengikut peredaran zaman,”Ujar beliau lagi.

Pada sesi perjumpaan bersama para pemimpin pelajar UNIMAS, YBhg Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman menyeru para pelajar yang hadir untuk menggunakan peluang dalam sesi ini dengan bertanyakan Dato’ Shahlan tentang isu-isu semasa yang menjadi persoalan dan pada masa yang sama, menyuarakan pendapat mereka dengan matang dan bijakasana.

Menurut Dato’ Shalan, UNIMAS merupakan IPTA ke-17 dalam siri jelajah seluruh Negara di mana beliau akan berinteraksi dan berkongsi idea bersama seluruh warga IPTA, daripada peringkat pengurusan hinggalah dengan para pelajar sendiri.

“Mahasiswa merupakan aset yang amat penting dalam masa hadapan Negara, dan mereka berupaya menentukan hala tuju dengan ilmu serta kemahiran yang diperolehi, sekaligus memastikan pembangunan, keharmonian serta kedamaian Negara akan sentiasa terpelihara,” 

Ucap beliau kepada para pelajar sewaktu sesi perjumpaan kedua.

Artikel & Foto : Yulhardy Budiman

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141175

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa