• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

MASNITA adakan kunjungan hormat

on 09 October 2014.

MASNITA adakan kunjungan hormat

masnita 1

masnita 2

KOTA SAMAHARAN, 9 Oktober : Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) telah melakukan kunjungan hormat kepada isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Ragad Kurdi Taib di Astana Negeri Sarawak pagi tadi.

Kunjungan hormat tersebut telah diketuai oleh Yang Dipertua MASNITA, Datin Kartini Ahmad bersama-sama dengan lebih tiga puluh orang ahli persatuan tersebut.

Dalam kunjungan tersebut, rombongan MASNITA telah berkesempatan mengadakan sesi perbincangan dengan Toh Puan Ragad Kurdi Taib  selama lebih kurang satu jam.

Selepas mengadakan kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak, rombongan MASNITA turut mengadakan kunjungan hormat dengan isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Dato Jamilah Haji Anu di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Dalam kunjungan itu, rombongan telah dijemput untuk menyertai makan tengahari bersama Datin Patinggi Dato Jamilah serta mengadakan dialog ringkas tentang peranan dan sumbangan persatuan wanita di negeri ini.

Dalam dialog tersebut, Datin Patinggi Dato Jamilah menyeru ahli-ahli MASNITA supaya terus aktif dan bekerjasama dengan badan-badan serta persatuan sukarelawan lain dalam menyumbang bakti kepada masyarakat terutama golongan yang kurang berkemampuan.

Menurut beliau, wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara meskipun turut menyandang peranan sebagai pekerja, isteri mahupun seorang ibu.

Sementara itu, Datin Kartini semasa ditemui memberitahu tujuan kunjungan hormat adalah sebagai memperkenalkan MASNITA kepada Toh Puan Sri Ragad Waleed dan Datin Patinggi Dato Jamilah.

Beliau berkata, MASNITA yang dianggotai oleh golongan wanita rata-rata dari warga UNIMAS sendiri, akan terus aktif dalam penganjuran program dan program kemasyarakatan.

Beliau juga berharap supaya lebih ramai ahli MASNITA pada masa akan datang dan meminta supaya semua ahli sentiasa bekerjasama demi meningkatkan peranan persatuan tersebut dari masa ke semasa.

MASNITA telah ditubuhkan pada 7 Februari 2001 dengan objektif utama untuk menjadi satu badan yang mewakili staf UNIMAS dan isteri staf UNIMAS, menjadi badan perundingan untuk kepentingan ahli, menganjur dan mengalakkan minat untuk pembangunan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial.

Selain itu, MASNITA juga berperanan untuk memelihara konsep, dasar dan matlamat UNIMAS, memberi sumbangan untukperkembangan dan kemajuan universiti ini serta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa UNIMAS dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.

Artikel : Sarena haidir || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135171

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa