• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar UNIMAS menang emas dalam taekwondo Piala Jogjakarta

on 13 October 2014.

Pelajar UNIMAS menang emas dalam taekwondo Piala Jogjakarta

Student nc 1120141013

 

KOTA SAMARAHAN, 13 Oktober : Pelajar Fakulti Sains Sosial (FSS), Saudari Yong Mun Yi telah mengharumkan nama negara dan UNIMAS apabila beliau berjaya mengutip satu pingat emas dalam Kejohanan Taekdwondo Piala Jogjakarta baru-baru ini.

Saudari Yong Mun Yi, 23, berasal dari Selangor berjaya menyumbang satu daripada sepuluh pingat emas yang dikutip oleh kontinjen Malaysia yang menyertai Piala Jogjakarta menerusi Esta International Invitation Taekwondo Tournament 2014 pada 8 hingga 9 Oktober lepas.

Beliau berjaya menumbangkan lawan, juga dari kontinjen Malaysia di dalam acara sparring peringkat akhir bagi kategori berat atas 73 kilogram.

Anak sulung dari bekas jaguh taekwondo Malaysia, Ang Phaik Min (emak) ini bakal mewakili UNIMAS di dalam Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) pada 4 hingga 5 November depan selain pernah mewakili Selangor dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) selama dua tahun untuk acara taekwondo.

“ Saya tidak menyangka akan memenangi emas kerana ini merupakan kali pertama saya mewakili negara,” katanya sambil berharap dapat menyumbang pingat buat UNIMAS pada MASUM kelak.

Sebelum itu, Yong Mun Yi telah berkesempatan menemui Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Haji Suaidi dan meluangkan masa seketika bersama NC sambil menceritakan pengalaman beliau dalam kejohanan taekwondo tersebut.

Naib Canselor amat berbangga dengan kejayaan Yong Mun Yi dan berharap ia boleh dijadikan motivasi dan galakan kepada pelajar lain termasuk staf universiti ini.

Katanya, adalah menjadi impian UNIMAS untuk melahirkan pelajar holistik iaitu berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang lain seperti sukan.

Justeru, jelas beliau, UNIMAS akan terus memberi sokongan dalam pelbagai cara seperti menyediakan fasiliti dan kemudahan sukan dari masa ke semasa kepada warga universiti ini.

 

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141173

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa