• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Etiqa Takaful Sumbang Zakat Kepada UNIMAS

on 14 October 2014.

Etiqa Takaful Sumbang Zakat Kepada UNIMAS

zakat 2420141014

KOTA SAMARAHAN, 14 Oktober : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menerima zakat perniagaan berjumlah RM 70,000 daripada Etiqa Takaful untuk disalurkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

“Sumbangan zakat tersebut akan disalurkan ke tabung khas yang telah diwujudkan di bawah seliaan Pusat Khidmat Pelajar UNIMAS, yang akan memastikan ia dapat disalurkan kepada pelajar yang memerlukan,” Ucap YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS.

“Selain Etiqa Takaful, tabung khas tersebut telah menerima sumbangan berbentuk serupa daripada pihak Bank Rakyat, Malaysian Building Society Berhad (MBSB) dan Bank Islam,” katanya lagi.

“Kami amat menghargai sumbangan warga korporat seperti Etiqa Takaful dalam meringankan beban para pelajar UNIMAS terutama dari segi kewangan mereka,” tambah beliau.

Sementara itu, Encik Ezwandy Mahidi, Pengurus Etiqa Takaful untuk Kawasan Sarawak berharap, melalui penyerahan zakat perniagaan ini, para pelajar yang kurang kemampuan akan dapat menggunakan sumbangan tersebut untuk membeli keperluan ketika mengikuti pelbagai jenis pengajian di UNIMAS.

“Ini adalah kali ketiga pihak kami menyumbang zakat perniagaan ini kepada pihak UNIMAS dan ia juga merupakan salah satu daripada tanggungjawab pihak Etiqa Takaful dalam membantu mereka yang memerlukan,” ujar Ezwandy yang juga seorang alumni UNIMAS.

Di Majlis Penyerahan Zakat yang diadakan di Pejabat Naib Canselor tersebut, satu upacara lafaz Zakat telah berlangsung di mana UNIMAS diwakili oleh Ustaz Yazid Shamsuddin, Pegawai Hal Ehwal Islam dan Etiqa Takaful diwakili oleh Encik Ezwandy Mahidi.

Seterusnya majlis turut menyaksikan penyerahan cek berjumlah RM 70,000 oleh Encik Ezwandy Mahidi kepada YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua pihak.

Artikel : Yulhardy Budiman || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134869

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa