• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS Anjur Persidangan ISIDC Ke-4

on 23 October 2014.

UNIMAS Anjur Persidangan ISIDC Ke-4

ISIDC

SANTUBONG, 23 Oktober : Seramai lebih satu ratus peserta telah menyertai Persidangan Perkhidmatan Inovasi Ke-4 2014 (4th ISIDC 2014) anjuran Institut Reka Bentuk dan Inovasi UNIMAS, semalam.

Perasmian ISIDC telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Infranstruktur dan Komunikasi Sarawak,YB Dato Sri Michael Manyin ak Jawong.

Persidangan ini yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini dengan tema "Budaya dan Nilai Baru" disertai oleh peserta dari negara Korea, Singapura, Jepun, Malaysia dan sebagainya.

Dalam ucapan ringkas, Dato Sri Michael Manyin meminta pihak berkaitan untuk mencipta banyak produk yang melalui proses dan pengurusan yang inovatif dengan kos yang berpatutan.

"Sebagai seorang pelanggan, kita sememangnya mempunyai kesedaran berhubung perubahan dan penambahbaikan sesuatu produk.

"Oleh itu, adalah penting untuk pihak berkaitan menambahbaik produk yang lebih inovatif di masa hadapan," katanya lagi.

Dato Sri Michael Manyin turut berharap persidangan ini dapat menjana kefahaman dan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan mereka-bentuk perkhidmatan pelanggan yang berkesan menerusi proses,metadologi dan produk.

Turut hadir pada majlis persidangan ini ialah Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato'Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Semariang merangkap Ahli Lembaga Pengarah Unimas, YB Sharifah Hasidah Bt Sayeed Aman Ghazali dan Datu Hajah Jabidah Mansor.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3138144

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa