• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Sepuluh pelajar UNIMAS terima anugerah ZECON

on 24 October 2014.

Sepuluh pelajar UNIMAS terima anugerah ZECON

UNIMAS ZECON 2014

Kota Samarahan, 24 Oktober – Seramai sepuluh orang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan UNIMAS telah menerima Anugerah Cemerlang ZECON yang telah disampaikan pada hari ini.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah dilakukan oleh Vice President Infrastructure/Construction ZECON Berhad, Ir. Haji Abang Azahari bin Abang Osman.

Pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan yang menerima anugerah tersebut adalah Nur Rahmatul Aesya Binti Norizan dan Mohd Nasrullah Bin Omar (Program Kejuruteraan Awam), Mohammad Ashaari Bin Kiprawi dan Nurhanna Zulaikha Binti Ishak (Program Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan), Mohammad Hafiz Bin Shamsol Anuwar dan Amirul Asrab Bin Hamzi (Program Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi)), Amy Sahida Binti Soetarman dan Faten Ateeqah Binti Othman (Program Kejuruteraan Elektronik (Komputer)), Siti Khadijah Binti Hajon dan Tiara Afira Binti Julaihi (Program Kejuruteraan Kimia dan Sustainabiliti Tenaga).

Mereka merupakan barisan pelajar yang terpilih selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik di samping aktiviti ko-kurikulum sepanjang pembelajaran mereka di UNIMAS.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, YBhg Prof Dr Wan Hashim Bin Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Kopli Bujang, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof Madya Dr Al-Khalid Othman, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai dan ibubapa pelajar.

Penyampaian anugerah hari ini merupakan kerjasama sejak tiga belas tahun bermula tahun 2002.

Anugerah Cemerlang ZECON merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat ZECON di dalam menyediakan anugerah kecemerlangan akademik bagi menggalakkan pencapaian cemerlang di UNIMAS terutamanya di kalangan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.

Syarikat ZECON Berhad turut mengekalkan sokongan mereka di dalam bidang akademik dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan juga kepada pelajar universiti tempatan yang lain sebagai motivasi untuk para pelajar agar cemerlang semasa di universiti.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Bujang Mohamad

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3112120

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa