• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS bakal lahir graduan seramai 3,240 dalam Konvokesyen Ke-18

on 25 October 2014.

UNIMAS bakal lahir graduan seramai 3,240 dalam Konvokesyen Ke-18

sidang media

Naib Canselor UNIMAS Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi (tengah) menunjukkan angka  graduan yang akan bergraduat pada konvokesyen kali ini sambil diperhatikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman,  Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kopli Bujang, Pemangku Pendaftar, Tuan Haji Abu Bakar Ibrahim (bersongkok).

Kota Samarahan, 25 Oktober : Seramai 3,240 graduan akan menerima ijazah masing-masing merangkumi pelbagai peringkat pengajian iaitu ijazah doktor falsafah, sarjana dan sarjana muda dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-18 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 November ini. 

Naib Canselor UNIMAS, YBhg. Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, dari jumlah tersebut, 3,016 graduan adalah dari prasiswazah manakala selebihnya (224) adalah graduan pascasiswazah.

“Majlis konvokesyen ke-18 UNIMAS yang akan berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) akan diadakan dalam lima sidang,” kata beliau dalam sidang akhbar bersama media hari ini. 

Beliau berkata, pengisytiharan majlis konvokesyen ke-18 akan dilakukan pada sidang pertama oleh  Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud.

Turut diadakan ialah majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat kepada   mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin yang akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Manusia dan arkitek tersohor negara, Ar Hijjas Kasturi yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Seni Gunaan dan Kreatif.

“Sidang pertama ini juga turut menyaksikan penyampaian anugerah akademik seperti anugerah pendidikan DiRaja, anugerah Canselor dan anugerah Pro Canselor,”  kata Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim.

Beliau berkata, hari kedua (2 November 2014) akan diadakan dalam dua sidang (sebelah pagi dan petang) dan akan disempurnakan oleh Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem.

Katanya lagi, sidang keempat pula (3 November 2014), juga diadakan dalam dua sidang ( sidang keempat dan kelima) dan akan disempurnakan oleh  Timbalan Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang.

Sementara itu, sepanjang minggu konvokesyen ini, UNIMAS juga menganjurkan Festival Konvokesyen 2014 yang menggariskan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung yang datang bermula dari 26 Oktober ini hingga 3 November depan.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung di dalam festival ini adalah seperti Golf Terbuka UNIMAS 2014, sukaneka, konsert One Nation, Citrawarna, senam aerobik, ‘jingle bell run’, futsal Piala Naib Canselor, UNIMAS berselawat, karnival kesihatan, joran persada UNIMAS 2014  dan banyak lagi.

Turut dibuka gerai-gerai makanan dan minuman, gerai menjual pakaian, tudung dan sebagainya serta gerai fotografi, bunga dan cenderahati.

Artikel : Sarena Haidir || foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141348

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa