• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar FSKTM UNIMAS Menang Tempat Pertama Pertandingan Open Source Anjuran SAINS

on 27 October 2014.

Pelajar FSKTM UNIMAS Menang Tempat Pertama Pertandingan Open Source Anjuran SAINS

pelajar-fsktm1

Mohd Khairun Nasir Bin Sa'adi dari Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat UNIMAS telah merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Open Source yang dianjurkan oleh  Sarawak Information System Sdn Bhd ( SAINS). Beliau telah berjaya mendapat sijil serta hadiah wang tunai sebanyak RM 3,000 yang telah disampaikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan yang juga Pengerusi SAINS.  Mohd Khairun yang bergraduat  pada tahun 2013 dalam program Master of Advanced Information Technology (MAIT) telah berjaya memenangi hati juri dengan projeknya “An Offline Email Implementation Based On Delay Tolerant Network (DTN)”.

Sistem e-mel luar talian yang dibangunkan oleh beliau ini membenarkan pengguna di kawasan luar bandar untuk menghantar dan menerima email  dalam persekitaran rangkaian kawasan tempatan luar talian  berdasarkan konsep kelewatan rangkaian toleran (Delay Tolerant Network).

pelajar-fsktm4Mohd Khairun Nasir Bin Sa'adi menyifatkan kejayaan beliau banyak didorong oleh para pensyarah UNIMAS yang telah membimbing beliau terutama Dr Kartinah bt Zen yang merupakan penyelia Ijazah Sarjana beliau.

Melalui pertandingan ini, SAINS berharap untuk menggalakkan bakat muda tempatan daripada Institusi Pengajian Tinggi Sarawak untuk membuktikan kemampuan dan pengetahuan mereka dengan membina aplikasi yang lebih murah dengan sumber perisian terbuka sebagai alternatif untuk faedah masyarakat khasnya penduduk luar Bandar.

Tempat kedua telah dimenangi oleh pelajar UCTS dan tempat ketiga telah dimenangi oleh pelajar dari Universiti Swinburne.
Hadiah telah disampaikan pada Majlis  CSR and Media Night with the Chief Minister pada 21 Oktober lalu. 

 

 Turut hadir bersama ialah Naib Canselor UNIMAS , Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta beberapa orang pegawai UNIMAS.

pelajar-fsktm2

pelajar-fsktm3
Mohd Khairun Nasir Bin Sa'adi bersama Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Artikel & Foto: Hjh. Noorma Ismail, Penolong Pendaftar Kanan FSKTM

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134869

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa