• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Taib Mahmud dimasyhur sebagai Canselor ketiga UNIMAS

on 28 October 2014.

Taib Mahmud dimasyhur sebagai Canselor ketiga UNIMAS

Taib Mahmud
TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) menyerahkan watikah pelantikan Canselor kepada Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada Istiadat Pemasyuran Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Astana Negeri Sarawak hari ini - Foto BERNAMA

KUCHING: Yang Dipertua (YDP) Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor ketiga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pelantikan Taib, 78, mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Tuanku Abdul Halim menyerahkan watikah pelantikan pada upacara pemasyhuran yang berlangsung di Astana Negeri, Petra Jaya di sini.

Taib menggantikan Canselor terdahulu yang juga bekas YDP Sarawak keenam, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Turut hadir pada upacara pemasyhuran itu ialah isteri Taib, Toh Puan Ragad Kurdi Taib; isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datuk Dr Hatta Solhi serta Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Taib dalam ucapannya berkata beliau akan memastikan UNIMAS terus menyerlah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam yang tersohor bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara.

"Perjalanan dalam memacu UNIMAS ke arah kejayaan akan tetap diteruskan walaupun Canselor dan Pro-Canselornya bertukar. Segala yang telah dirancangkan sebelum ini dalam Pelan Strategik 2011-2015 akan diteruskan.

"Kita perlu menunjukkan yang kita mampu meraih pencapaian cemerlang selagi kita bekerja sebagai sebuah pasukan yang komited dan kolektif," katanya.

Taib berkata, beliau memahami hasrat UNIMAS untuk mempunyai hospital pengajar tersendiri sebagaimana institusi pengajian tinggi awam lain.

"Saya sangat menyedari kepentingan keperluan ini dan akan berusaha untuk membantu UNIMAS. Saya yakin hasrat murni UNIMAS ini akan mendapat sokongan dan kerjasama daripada kerajaan Sarawak khususnya dan kerajaan Malaysia amnya.

"Kewajaran memiliki hospital pengajar di UNIMAS ini amat saya sokong," katanya.

Berikutan pelantikan sebagai Canselor ketiga UNIMAS, Taib akan menyempurnakan pengisytiharan konvokesyen ke-18 UNIMAS pada sidang pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA), UNIMAS Kota Samarahan, 1 November ini.

Beliau juga akan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Manusia Tun Abang Muhammad Salahuddin dan Ijazah Kehormat Doktor Seni Gunaan dan Kreatif kepada arkitek tersohor negara, Hijjas Kasturi.

Sidang pertama turut menyaksikan penyampaian anugerah akademik seperti Anugerah Pendidikan Diraja, Anugerah Canselor dan Anugerah Pro-Canselor.

Majlis konvokesyen yang berlangsung tiga hari bermula 1 November itu akan diadakan dalam lima sidang, menyaksikan 3,240 graduan menerima ijazah masing-masing merangkumi pelbagai peringkat pengajian iaitu Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda.

Daripada jumlah itu, 3,016 graduan terdiri daripada prasiswazah manakala selebihnya 224 adalah graduan pascasiswazah.

- BERNAMA

Sumber: BH Online

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135165

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa