• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pensyarah UNIMAS menang besar dalam BIS 2014

on 28 October 2014.

Pensyarah UNIMAS menang besar dalam BIS 2014

tapau bike

KOTA SAMARAHAN, 28 Oktober : Barisan pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sekali lagi menempa nama di dalam ‘British Invention Show’ (BIS) 2014, apabila berjaya membawa pulang tiga anugerah khas, empat pingat emas dan empat pingat gangsa, kelmarin.

Penyertaan ini merupakan yang kedua selepas berjaya menang besar dengan kutipan sebelas pingat emas pada pertandingan sama pada tahun 2012.

Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi memberitahu kejayaan ini membuktikan kehebatan dan kepakaran yang ada pada pensyarah UNIMAS adalah setanding dengan pensyarah di universiti luar lain.

 “Oleh itu, kita tidak menganggap penyertaan pensyarah UNIMAS ke pameran atau pertandingan di luar negara atau tempatan,  adalah satu pembaziran.

“Sebaliknya, kita anggap ia adalah tindakan yang positif di mana kemenangan mereka boleh membantu mengangkat nama universiti ini dan pihak luar mengetahui apa yang telah para pesyarah kita lakukan selama ini,” katanya.

Naib Canselor berkata, kejayaan ini juga akan memberi suntikan semangat kepada penyelidik UNIMAS lain untuk lebih berusaha menghasilkan produk berkualiti dan mengangkat nama universiti di peringkat lebih tinggi kelak.

Sementara itu, BIS merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Penyelidik British yang mengumpulkan para penyelidik termasuk para akademik, institusi penyelidikan dan usahawan dari serata dunia.

Anugerah khas yang dimenangi adalah anugerah ‘diamond’ menerusi (1) produk ‘Novel Enzymes for Biofuel’ yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Abu Saleh Ahmed, (2) anugerah ‘double gold’ pula diperolehi dari produk ‘Tapau Bike – experimentation of discountinued polystyrene container as core material for bike frame construstion’ yang diketuai oleh Encik Muhamad Firdaus Abong bin Abdullah dan (3) anugerah ‘Romanian Inventors Diploma of Excellence’ yang dimenangi menerusi produk ‘ E’Fitness SMEs: Business Performance Competency Indec” yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Lo May Chiun.

Empat pingat emas yang dimenangi adalah menerusi produk bertajuk (1) ‘Tapau Bike – experimentation of discountinued polystyrene container as core material for bike frame construstion’ yang diketuai oleh Encik Muhamad Firdaus Abong bin Abdullah, (2)‘E’Fitness SMEs: Business Performance Competency Indec” yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Lo May Chiun, (3) ‘ Novel Enzymes for Biofuel’ yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Abu Saleh Ahmed dan (4)  ‘Sago ORB 2.0: Biomass filter bed for oil and grease removal’ yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Zainab Ngaini.

Manakala pingat gangsa dimenangi menerusi produk (1) ‘ LexiEyes – mobile reading app for visually-impaired learners’ yang diketuai oleh Encik Chuah Kee Man, (2) Phishing attack protection system’ diketuai oleh Dr Chiew Kang Leng, (3) ‘ Predicting human behavior from text’ diketuai oleh Dr Bong Chih How dan (4)’ Novel catalyst for algae biodiesel’ yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Abu Saleh Ahmad.

Produk-produk penyelidikan ini sudah pasti akan memberi manfaat kepada masyarakat umum.

Artikel : Sarena Haidir || foto : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135166

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa