• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

SJK (C) Stampin Johan Pertandingan Drama Inggeris SKK UNIMAS 2014

on 30 October 2014.

SJK (C) Stampin Johan Pertandingan Drama Inggeris SKK UNIMAS 2014

drama1

KOTA SAMARAHAN, 30 Oktober : Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Stampin, muncul johan pertandingan drama Inggeris sekolah kluster kecemerlangan (SKK) UNIMAS 2014, yang diadakan pagi tadi.

Sekolah tersebut yang juga merangkul anugerah skrip terbaik telah mengalahkan empat pesaing lain dan telah membawa pulang hadiah berupa piala johan dan piala pusingan drama.

Tempat kedua disandang oleh SK St.Mary Kuching, tempat ketiga disandang oleh SK Tabuan manakala SK Semerah Padi di tempat keempat dan SK Bandar Samariang di tempat kelima.

Hadir menyaksikan pertandingan tersebut sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim.

Dalam ucapan sebelum pertandingan bermula, Profesor Dr Wan Hashim berkata UNIMAS sememangya berbangga kerana diberi peluang untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau berkata, setakat ini, UNIMAS telah mempunyai sembilan sekolah kluster kecemerlangan (SKK) iaitu SK Agama Sibu, SK Agama Miri, SK Paon Tembaga, Lundu, SK St Mary, Kuching, SK Bakalalan, Lawas, SMK Methodist, Sibu, SMK Lutong, Miri, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri dan SK St Teresa.

Menurutnya, konsep asas permuafakatan dalam kerjasama SKK-IPTA membabitkan setiap IPTA menjadi mentor kepada beberapa sekolah kluster yang terpilih.

“ Di UNIMAS, jalinan kerjasama dengan SKK ini antara lain ialah melibatkan kerjasama yang berbentuk perkongsian prasarana kemudahan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan yang ada pada universiti.

“ Selain itu, kita juga mengadakan kolaborasi penyelidikan antara pensyarah IPTA dengan guru-guru sekolah. Oleh demikian, saya menyeru para guru untuk mengambil kesempatan dalam usaha strategik ini,” katanya lagi.

Profesor Dr Wan Hashim berpendapat pertandingan drama Inggeris dapat mengembangkan sepenuhnya institusi pendidikan sehingga membolehkan guru bersama pelajar IPTA mengangkat nama sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, bakat dan potensi yang ada pada pelajar harus dilonjakkan ke tahap yang boleh menjadikan mereka mampu bersaing dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar pada masa sekarang.

Beliau memberitahu penyertaan dalam pertandingan seumpama ini juga dapat menyerlah peranan individu secara langsung atau tidak langsung dari segi mendapatkan pengalaman tambahan serta keterlibatan langsung dalam aktiviti komuniti.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Bujang Mohamad

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3112120

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa