• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Persediaan rapi untuk konvokesyen UNIMAS

on 31 October 2014.

Persediaan rapi untuk konvokesyen UNIMAS

raptai
Naib Canselor UNIMAS sedang memerhati persembahan Gamelan yang akan disembahkan pada esok hari.

Kota Samarahan, 31 Oktober: Raptai penuh untuk Majlis Konvokesyen Ke-18 UNIMAS telah dilakukan hari ini bagi memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar yang bermula esok hari sehingga Isnin ini.

Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 3,240 graduan menerima ijazah masing-masing merangkumi pelbagai peringkat pengajian iaitu ijazah doktor falsafah, sarjana dan sarjana muda dan berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) UNIMAS.

Pengisytiharan majlis konvokesyen ke-18 akan dilakukan pada sidang pertama iaitu esok hari oleh Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud.

Antara acara bersejarah yang turut berlangsung dalam sidang pertama adalah Pemasyhuran Pro Canselor UNIMAS yang baharu iaitu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Haji Satem, penganugerahan Ijazah Kehormat kepada mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin yang akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Manusia dan arkitek tersohor negara, Ar Hijjas Kasturi yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Seni Gunaan dan Kreatif.

Hari kedua konvokesyen (2 November 2014) akan diadakan dalam dua sidang (sebelah pagi dan petang) dan akan disempurnakan oleh Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem.

Manakala hari ketiga iaitu bagi sidang keempat pula (3 November 2014), juga diadakan dalam dua sidang ( sidang keempat dan kelima) dan akan disempurnakan oleh  Timbalan Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang.

Sepanjang majlis konvokesyen ini juga beberapa aktiviti turut berlangsung di sekitar universiti antaranya Golf Terbuka UNIMAS 2014, sukaneka, konsert One Nation, Citrawarna, senam aerobik, ‘jingle bell run’, futsal Piala Naib Canselor, UNIMAS berselawat, karnival kesihatan, joran persada UNIMAS 2014  dan banyak lagi.

Turut dibuka gerai-gerai makanan dan minuman, gerai menjual pakaian, tudung dan sebagainya serta gerai fotografi, bunga dan cenderahati.

Artikel : Sarena Haidir || foto : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3129013

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa