• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Konvokesyen UNIMAS Ke-18 3,240 Pelajar Bakal Bergelar Graduan

on 01 November 2014.

Konvokesyen UNIMAS Ke-18 3,240 Pelajar Bakal Bergelar Graduan

pro canselor

extyt

hijjas

IMG 4542

Kota Samarahan, 1 November :  Konvokesyen ke-18 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), menyaksikan seramai 3,240 graduan akan dianugerahkan ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian iaitu sarjana kedoktoran, sarjana dan sarjana muda.

Majlis konvokesyen Ke-18 UNIMAS akan berlangsung dalam lima sidang bermula pada 1 hingga 3 November 2014 di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA).

Daripada jumlah tersebut,  seramai 3,016 orang merupakan graduan prasiswazah manakala selebihnya iaitu 224 orang adalah graduan pascasiswazah.

Pengisytiharan majlis konvokesyen ke-18 diadakan pada sidang pertama oleh  Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud.

Dalam sidang pertama juga diadakan majlis Pemasyhuran Pro Canselor UNIMAS yang baharu iaitu Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem.

Turut diadakan ialah majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat kepada   mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin yang akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Manusia dan arkitek tersohor negara, Ar Hijjas Kasturi yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Seni Gunaan dan Kreatif.

Selain itu, dalam sidang pertama juga akan diadakan penyampaian anugerah akademik seperti anugerah pendidikan DiRaja, anugerah Canselor dan anugerah Pro Canselor selain penyampaian ijazah kepada 257 orang graduan dari Fakulti Kejuruteraan (FK).  

Hari kedua (2 November 2014) akan diadakan dalam dua sidang (sebelah pagi dan petang) dan akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS, YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang.

Hari ketiga pula (3 November 2014), juga diadakan dalam dua sidang (sidang empat dan sidang lima). Sidang empat disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak merangkap Pro Canselor UNIMAS, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem dan sidang lima disempurnakan oleh  Timbalan Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS, YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang.

Sementara itu, sepanjang minggu konvokesyen ini, UNIMAS juga menganjurkan Festival Konvokesyen 2014 yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung yang datang bermula dari 29 Oktober hingga 3 November.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang festival ini adalah termasuklah Golf Terbuka UNIMAS 2014, sukaneka, konsert One Nation, Citrawarna, senam aerobik, ‘jingle bell run’, futsal Piala Naib Canselor, UNIMAS berselawat, karnival kesihatan, joran persada UNIMAS 2014  dan banyak lagi.

Turut dibuka gerai-gerai makanan dan minuman, gerai menjual pakaian, tudung dan sebagainya serta gerai fotografi, bunga dan cenderahati.

Artikel : Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat || Foto : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141176

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa