• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS Prihatin Dapatkan Lapan Bas Baharu Untuk Pelajar

on 12 November 2014.

UNIMAS Prihatin Dapatkan Lapan Bas Baharu Untuk Pelajar

bas 2720141112

bas 5020141112

KOTA SAMARAHAN, 12 November : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima lapan buah bas yang baharu untuk kegunaan pelajar dan warga universiti, kata Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suaidi.

Beliau berkata, sememangnya pihak universiti sentiasa mengambil berat mengenai kemudahan kepada pelajar terutama berkaitan kemudahan pengangkutan untuk mereka pergi ke kuliah masing-masing.

Katanya, sebanyak RM6.3 juta telah diperuntukkan untuk pembelian lapan buah bas baharu itu termasuk satu buah ambulan.

“ Hari ini kita mendapat satu buah bas yang baharu manakala baki tujuh buah lagi berkemungkinan akan diperolehi secara berperingkat.

Usaha untuk mendapatkan peruntukkan sehinggalah kita mendapat bas baharu hari ini adalah usaha semua pihak,” sambungnya lagi.

Beliau turut menasihati semua pihak seperti warga dan pelajar UNIMAS supaya menggunakan kemudahan yang sedia ada seperti bas dengan baik dan cermat.

Selepas melakukan majlis doa selamat, Naib Canselor bersama-sama 80 orang pegawai dan staf UNIMAS akan berangkat menggunakan bas baharu tersebut ke bahagian Sri Aman bagi menyertai program sumbangsaran Majlis Dekan.

Program tersebut yang akan diadakan bermula hari ini sehingga 15 November akan diadakan di Sri Aman dan antara aktiviti ialah sumbangsaran Penggubalan Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020, lawatan ke Hospital Sri Aman dan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman.

Artikel : Sarena haidir || Foto : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa