• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

DisCon2014: Langkah tepat UNIMAS bela nasib golongan kurang upaya

on 20 November 2014.

DisCon2014: Langkah tepat UNIMAS bela nasib golongan kurang upaya

discon

KOTA SAMARAHAN, 20 November : Sebanyak 60 kertas kerja akan dibentangkan di dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian Ketidak-Upayaan: Menuju Ke Hala Tuju Yang Betul? (DisCon2014),  bermula hari ini.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari telah dirasmikan oleh Menteri Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah.

Kertas kerja yang dibentangkan antara lain menyentuh tentang pendidikan dan pengajaran untuk pelajar kurang upaya, mempromosi hak menerusi polisi dan perundangan, penyertaan komuniti, media dan sebagainya.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Fatimah Abdullah berbangga dengan keprihatinan UNIMAS untuk menganjurkan persidangan seumpama itu apatah lagi ia melibatkan ramai penceramah dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata, dengan adanya persidangan itu, maka kekangan dan masalah yang dihadapi oleh golongan kurang upaya dapat diketengah dan dicari jalan penyelesaiannya menerusi kerjasama semua pihak.

“Golongan kurang upaya sentiasa menjadi sebahagian dari masyarakat kita. Maka kerana itu, adalah menjadi tanggungjawab moral sebagai ahli masyarakat untuk memastikan golongan ini diberi peluang menyertai segala bentuk hak-hak kehidupan seperti peluang pekerjaan, aktiviti sosial dan kebudayaan, fasiliti latihan, maklumat, kesihatan dan sebagainya,” katanya lagi.

Manakala Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan ringkas berkata UNIMAS telah mengambil langkah memperkenalkan pengajian ketidak-upayaan menerusi pengwujudan Pusat Kecemerlangan Kajian Ketidak-Upayaan (CoEDS) yang bermula pada bulan Mei 2011.

Menurutnya, CoEDS yang dibawah Fakulti Sains Sosial mengumpulkan pensyarah dan penyelidik dari pelbagai bidang sains sosial seperti kerja-kerja sosial, antropologi dan sosiologi, pengajian komunikasi dan media, teknologi maklumat dan banyak lagi.

“CoEDS sekarang ini sedang menjalankan aktiviti pembangunan dan penyelidikan untuk mengenal-pasti  keperluan dan aspirasi golongan kurang upaya.

“Malah kajian turut menjurus tentang penyertaan masyarakat secara lebih luas untuk mempengaruhi polisi dan sebagainya,” katanya lagi.

Sementara itu, antara penceramah jemputan persidangan itu adalah daripada Australia, Indonesia, Filipina, Jepun dan Malaysia.

Ini termasuk Senator Bathmavathi Krishnan, Dr Russel Shuttleworth, Dr Siti Hawa Abdullah, Profesor Lesley Chenoweth, Francis Johen Adam dan lain-lain.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy M.A.T

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135166

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa