• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Bahagian Penerbitan terbit buku baharu tentang jenayah digital

on 20 November 2014.

Bahagian Penerbitan terbit buku baharu tentang jenayah digital

penerbitan

KOTA SAMARAHAN, 20 November : Bahagian Penerbitan UNIMAS telah menerbitkan buku baharu berjudul ‘Jenayah Digital: daripada penyelidikan kepada penyelesaian’ yang ditulis oleh dua pensyarah dari Fakulti  Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UNIMAS iaitu Encik Syahrul Nizam Junaini dan Muhammad Asyraf Khairuddin.

Dalam program bicara buku bersama penulis buku yang dianjurkan serentak kelmarin membuka peluang kepada penulis, Encik Syahrul Nizam untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau tentang jenayah internet termasuk cabaran semasa menulis buku berkenaan.

Beliau berkata, sepanjang penyiapan buku tersebut, mereka telah melalui pelbagai cabaran dan kesukaran termasuk merujuk lebih 100 jurnal dan kertas kerja berkaitan keselamatan maklumat dan etika Internet dalam bahasa Inggeris.

“Buku tersebut juga berguna sebagai rujukan kepada pelajar terutama pelajar UNIMAS bagi subjek berkaitan jenayah internet dalam kursus TMC3012 (Etika dan Profesionalisme) di FSKTM,” katanya.

Encik Syahrul Nizam turut berterima-kasih dengan staf termasuk bahagian editorial, pereka dan pemasaran di Bahagian Penerbitan UNIMAS atas kerjasama menerbitkan buku ini.

Hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Bahagian Penerbitan UNIMAS, Dr Ahi Sarok, staf-staf dan para pelajar UNIMAS.

Artikel : Sarena heidir || Foto : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3137669

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa