• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Alumni UNIMAS menang dokumentari terbaik FFP11

on 25 November 2014.

Alumni UNIMAS menang dokumentari terbaik FFP11

anugerah dokumentari terbaik

Muhammad Amir Farooq

KOTA SAMARAHAN, 25 November : Cubaan pertama bekas pelajar Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS menyertai pertandingan festival filem membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama bagi kategori dokumentari terbaik pada Festival Filem Pelajar Malaysia Ke-11 (FFP11) baru-baru ini.

Muhammad Amir Farooq merupakan pelajar dari jurusan seni perfileman (cinematography) di FSGK UNIMAS dan baharu saja bergraduat pada awal bulan November lepas.

Semasa dihubungi, Muhammad Amir yang kini berada di Kuala Lumpur memberitahu dokumentari berdurasi 9 minit itu bertajuk ‘ The just case of Adil’ dengan rakaman dibuat di negara asalnya iaitu di Pakistan.

“Dokumentari itu sebenarnya adalah untuk video projek tahun akhir saya dan saya benar-benar tidak menyangka ia juga membawa tuah kepada saya dalam festival ini,” katanya.

Menurut beliau, dokumentari itu juga pernah dipertontonkan semasa CIPTA 2014 yang telah diadakan pada bulan Mei lepas.

Sementara itu, FFP11 satu festival yang berbentuk ilmiah dan sangat berprestij bagi menyokong pembangunan pendidikan dan hasil karya kreatif para pelajar IPT di Malaysia.

Festival ini adalah juga merupakan platform terbaik yang akan mencungkil bakat baru dikalangan pelajar IPT dan Sekolah Seni di Malaysia bukan sahaja di bidang perfileman dan penyiaran, malah turut mengiktiraf bakat kreatif dari penghasilan animasi, kesan khas visual dan juga aplikasi multimedia yang semakin berkembang pesat di pesada negara dan antarabangsa.

FFP11, adalah merupakan acara tahunan FINAS, berfungsi sebagai pendekatan yang berjaya mededahkan dan memberi ruang kepada pelajar untuk bertukar fikiran dengan para penggiat dan pakar di industri tempatan dan juga luar negara.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Koleksi Muhammad Amir Farooq

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135127

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa