• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Tingkatkan kesedaran keselamatan di Internet untuk cegah jenayah siber

on 02 December 2014.

Tingkatkan kesedaran keselamatan di Internet untuk cegah jenayah siber

jenayah digital

KURANGNYA kefahaman dan kesedaran mengenai keselamatan penggunaan kemajuan siber serta teknologi maklumat menjadi faktor utama ramai rakyat di negara ini, khususnya terjebak ke lembah mangsa jenayah digital, yang juga dikenali sebagai jenayah siber.

Era ledakan siber ini juga secara tidak langsung melahirkan sindiket jenayah alam maya yang kebanyakan mengambil kesempatan yang melibatkan penipuan penggunaan perbankan menerusi jaringan Internet, ‘Voice Over Internet Protocol (VoIP) serta e-perdagangan.

Tidak kurang juga ada yang tertipu menerusi lambakan laman media sosial pada masa kini, termasuk Facebook, WeChat, LINE, Twitter, Whatsapp, Skype dan banyak lagi.

Meskipun aplikasi tersebut kesemuanya didatangkan dengan pengesahan keselamatan identiti pengguna seperti penggunaan kata laluan (password), ia masih boleh ditembusi secara mudah menerusi kelicikan penjenayah siber yang dikenali sebagai penggodam atau pencuri identiti.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Syahrul Nizam Junaini berkata punca masalah berlakunya jenayah siber adalah berhubung dengan kelemahan keselamatan pada peranti teknologi yang digunakan termasuk penggunaan kata laluan yang terlalu mudah untuk ditembusi.

“Tiga punca yang menjadi masalah utama berlakunya jenayah siber adalah ketanpanamaan (anonymous) pengguna Internet, kelemahan pengawalan di ruang Internet serta wujudnya penyamaran identiti di alam maya.

“Malah, bukan itu sahaja, masyarakat yang menjadi pengguna alam siber itu sendiri bersifat leka dan mengambil remeh terhadap tahap keselamatan komunikasi maklumat dan teknologi (ICT) sekali gus menjadi mangsa kerakusan penggodam bagi mencapai kepuasan peribadi mereka,” katanya.

Tambah beliau, pengguna seharusnya memikirkan keselamatan peribadi mereka sebelum membuat keputusan untuk berkongsi maklumat diri yang dimuat naik, disimpan serta disalurkan menerusi atas talian.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Komuniti: Jenayah Siber, di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, di Kuching, kelmarin.

Jelasnya, kata laluan yang digunakan untuk laman sosial peribadi harus mengandungi lebih banyak aksara.

“Saya ingin menasihati anda untuk menggabung nombor aksara khas dengan huruf serta nombor sebagai kata laluan laman sosial peribadi anda, tidak kira di komputer mahupun telefon pintar, malah juga kata laluan e-perbankan yang anda gunakan.

“Ia adalah bagi memastikan orang lain seperti penggodam tidak akan berjaya menembusi terus ke akaun anda dan seterusnya mencuri identiti serta maklumat peribadi anda tanpa anda sedari,” jelasnya.
Selain itu, jelasnya, antara lain yang sering kali dikaitkan dengan jenayah siber ialah pemalsuan data secara umum yang tertumpu kepada pemalsuan imej dan nama.

jenayah digital

HATI-HATI: Penjenayah siber atau penggodam sentiasa menunggu kesempatan untuk melakukan penipuan penggunaan perbankan menerusi jaringan Internet. — Gambar Hiasan dari Internet

HATI-HATI: Penjenayah siber atau penggodam sentiasa menunggu kesempatan untuk melakukan penipuan penggunaan perbankan menerusi jaringan Internet. — Gambar Hiasan dari Internet
Sebagai contoh yang kerap berlaku menerusi laman sosial Facebook, di mana penggunanya tidak menggunakan gambar serta nama sebenar sebagai maklumat diri dan sekali gus menggunakan alam maya sebagai laluan untuk menyembunyikan aktiviti penipuan yang dilakukan.

“Menurut kajian di Amerika, penipuan dan pemalsuan peribadi oleh golongan lelaki di atas talian adalah mengaitkan umur, ketinggian serta pendapatan yang diterima manakala bagi wanita pula, mereka sering kali menipu mengenai berat badan, bentuk badan serta umur,” katanya.

Menyentuh mengenai sektor e-dagang yang semakin popular di kalangan pengguna alam siber, jelas Syahrul, keterujaan membeli-belah di Internet kadang kala menyebabkan pengguna leka serta lalai dengan privasi data yang dikongsi terutamanya nombor akaun bank ketika berurus niaga di atas talian.

Sikap leka itu, jelasnya, menyebabkan pembeli yang terlalu mempercayai perniagaan atas talian ini kehilangan wang, yang kadang kalanya melibatkan jumlah wang yang besar menerusi akaun perbankan mereka.
Malah katanya, sudah banyak laporan yang didengar berhubung penipuan wang ringgit menerusi atas talian yang melibatkan aktiviti e-dagang.

“Saya tidak menafikan, ramai peniaga lebih memilih untuk menggunakan laman sosial ataupun sistem atas talian untuk berniaga serta mempromosi barangan jualan mereka kerana ia tidak menelan kos besar untuk tujuan promosi.

“Justeru, saya ingin menasihatkan anda, para pengguna Internet untuk tidak mudah terpukau oleh SMS atau e-mel daripada orang yang tidak dikenali serta berhati-hati mengklik pautan laman sesawang ‘bank’ yang meminta pengesahan kata laluan atau nombor pengenalan diri terutama ketika membuat transaksi pembayaran menerusi e-dagang,” jelasnya.

Sikap ‘buruk sangka’ di alam maya, jelas Syahrul, adalah perlu kerana ia dipercayai mampu menyelamatkan pengguna yang berurus niaga di atas talian dari terus menjadi mangsa jenayah siber dengan secara tidak sedar mendedahkan maklumat perbankan kepada ahli sindiket, yang menyebabkan wang simpanan mereka dipindahkan kepada pihak ketiga secara senyap.

media sosial

Sebagai rumusan, jenayah siber yang sering dilaporkan melibatkan aktiviti serangan sesawang, spam, cubaan memancing data, peperangan maklumat, Komplot Nigeria dan serangan penafian perkhidmatan (DOS).
Menurut Syahrul, Cyber Security Malaysia (yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Keselamatan dan Tindak Balas Kecemasan ICT Kebangsaan NISER) mengelaskan jenayah komputer kepada aktiviti seperti pengeboman e-mel, spam, pemalsuan, penggodaman, serangan virus, pencerobohan dan DOS.

“Justeru, bagi mengendali risiko pelanggaran etika Internet mahupun di alam siber, pengguna harus menitikberatkan langkah-langkah sebagai tindakan konkrit seperti menetapkan garis panduan umum terhadap pematuhan kod etika Internet, menyediakan peraturan, panduan dan tips keselamatan Internet yang spesifik serta membuat audit pemantauan dan pelaporan secara berterusan tentang pematuhan peraturan,” katanya.

Tegas Syahrul, meskipun individu berasa bebas bersuara di alam maya, namun hal itu bukan ‘pasport’ untuk meninggalkan komen berbaur ugutan dan fitnah di Facebook dan seumpamanya.
“Jangan lupa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diberi kuasa mengheret kita ke mahkamah jika tersilap langkah,” tegasnya.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kegiatan jenayah siber, boleh menghubungi Syahrul di alamat e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selain orang ramai boleh mendapatkan buku berjudul ‘Jenayah Digital: Daripada Penyelidikan kepada Penyelesaian’ sebagai panduan dan pengetahuan untuk masyarakat umum menjaga privasi dan maklumat kendiri di alam siber.

Sumber: The Borneo Post

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134869

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa