• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

FSKPM UNIMAS anjur program Work and life

on 04 December 2014.

 

work life

KUCHING, 4 Dis : Seramai 21 orang pelajar Sarjana Sains ( Pembangunan Sumber Manusia) Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) UNIMAS telah menyertai projek program ‘ Work and life: Find your balance’ anjuran fakulti kelmarin.

Majlis perasmian penutupan projek tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Dekan FSKPM, Dr Philip Nuli Anding mewakili Dekan FSKPM, UNIMAS, YBhg Profesor Madya Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce.

Dalam teks ucapan yang dibacakan, Profesor Madya Dr Shahren mengucapkan tahniah kepada pelajar dan pensyarah FSKPM termasuk pihak MAS kerana menjalinkan kerjasama erat dalam menjayakan projek berkenaan.

Beliau berkata, projek seperti itu dilihat dapat mendekatkan pihak UNIMAS dan agensi-agensi lain sama ada kerajaan dan swasta untuk mengambil inisiatif dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran juga dalam memperlengkapkan tenaga pekerja kita supaya dapat bersaing di persada dunia .

Beliau turut berharap peserta-serta kursus menggunakan pengalaman yang diperolehi dari projek ini untuk diserapkan semasa bekerja di organisasi masing-masing serta digunakan dalam meningkatkan kerjaya dan potensi diri dan organisasi dari masa ke semasa.

Projek tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam merancang dan melaksanakan sesebuah program latihan serta sebagai memenuhi keperluan kursus Design and Management Of Training Program yang merupakan salah satu kursus wajib yang perlu diambil oleh pelajar-pelajar dengan 40 peratus penilaian dan di bawah seliaan Prof. Madya Dr Rusli Bin Ahmad dan Tuan Hj Mohd Suib Hj Maknun.

Antara objektif projek program latihan ini adalah untuk menawarkan program latihan yang bersesuaian dengan keperluan atau permintaan pihak Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) berdasarkan Analisis Keperluan Latihan yang akan dijalankan dan memberi peluang kepada pelajar UNIMAS untuk mengendalikan satu program latihan yang lengkap dan mendapat pengalaman yang sebenar dalam menjalankan sesuatu program latihan.

Selain sebagai projek wajib untuk menamatkan kursus pembelajaran mereka, projek ini juga dilihat sebagai usaha UNIMAS untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak MAS serta memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan ahli kumpulan dengan menggabungkan pengetahuan dan tenaga untuk merancang dan seterusnya melaksanakan sesuatu projek.

Seramai 30 orang pekerja di MAS dari pekerja kumpulan sokongan telah disasarkan dengan skop program latihan adalah bersifat umum dan bergantung kepada permintaan daripada pekerja MAS melalui Analisis Keperluan Latihan yang dijalankan sebelum Program Latihan dilaksanakan.

Antara program latihan yang telah dicadangkan seperti komunikasi, kaunseling, pengurusan masa, pengurusan Stress dan Keseimbangan kerja-kehidupan, pengurusan kesihatan, menangani masalah disiplin, kemahiran membimbing dan menjadi Mentor, ketrampilan diri, pencegahan gangguan seksual dan daya kepimpinan.

Antara penceramah jemputan yang dijemput dalam program latihan ini ialah Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, FSKPM, Ybrs Dr Surena binti Sabil, akan memberikan ceramah yang telah ditentukan berdasarkan data adari analisis keperluan latihan yang dijalankan.

Artikel & Foto : Sarena Sarena Haidir 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135166

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa