• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Penyelidik UNIMAS diperkenalkan kepada media

on 04 December 2014.

Penyelidik UNIMAS diperkenalkan kepada media

zOpt media 620141204

KOTA SAMARAHAN, 4 Dis : Satu sidang media khas bersama para penyelidik terdiri daripada para pensyarah UNIMAS yang telah memenangi beberapa kategori anugerah telah diadakan bertempat di Rumah Universiti, pagi tadi.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohd Kadim Suaidi memberitahu bahawa beberapa anugerah telah dimenangi oleh para penyelidik UNIMAS dalam beberapa pertandingan seperti di Seoul International Invention Fair (SIIF), Big Data Challenge, Karnival E-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan dan UNIMAS On The Go.

Dalam pertandingan SIIF, penyelidik UNIMAS berjaya membawa pulang dua pingat emas, dua pingat perak dan satu gangsa daripada enam produk yang telah dipamerkan di SIIF.

Pingat emas telah diperolehi oleh Profesor Dr Kopli Bujang dan Puan Dayang Salwani Awang Adeni melalui projek bertajuk ‘Sugar Revolution’ manakala satu pingat emas lagi oleh Dr Musdi Shanat menerusi projek bertajuk ‘ Ezbag: Innovation Sleeping Bag’.

Manakala pingat perak diperolehi dari projek bertajuk ‘ Dead body protector’ yang diketuai oleh Dr Saiful Bahari Mohd Yusoff dan projek ‘RF CMOS Power Amplifier for Broadband Applications’ yang diketuai oleh Dr Rohana Sapawi.

Seterusnya dalam Big Data Challenge, kumpulan Moh-UNIMAS-Terada-MMU yang membentangkan projek data denggi dan data meteorologikal telah diumumkan sebagai pemenang sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000. Kumpulan penyelidik ini dianggotai oleh dr Peter Ho, Profesor Ting CY, Dr Dhesi BR, Encik Craig Morrison dan Szilard Barany. Pertandingan tersebut merupakan anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MDEC dan Tentspark dengan kerjasama IBM dan Microsoft.

Sementara itu, dua lagi penyelidik UNIMAS berjaya merangkul Anugerah OCW dalam Karnival E-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini. Dua pensyarah berkenaan ialah Dr Chong Yee Ling dan En Badiozaman Sulaiman dengan anugerah yang diperolehi menerusi kursus Fisiologi Haiwan (Animal Physiology) yang telah mereka usahakan.

Karnival berkenaan merupakan yang pertama dianjurkan bermula 14 hingga 15 Nov 2014 anjuran bersama Majlis Ketua-ketua Penyelaras E-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di SACC, Shah Alam.

Manakala UNIMAS On The Go, sebuah aplikasi mobile UNIMAS yang pertama telah memenangi tempat ketiga kategori Teknologi Maklumat dalam Anugerah Inovasi Kementerian Pendidikan Malaysia 2014 di Putra Jaya baru-baru ini.

Aplikasi tersebut telah dibangunkan oleh Encik Khairilzamrie Rosle dan Encik Mohd Roffizal Romali dari Pusat Khidmat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UNIMAS. UNIMAS On The Go merupakan aplikasi mobile bagi memudahkan pengguna menerima pengumuman aktiviti dan berita terkini dengan cepat termasuk menerusi penggunaan teks pesanan ringkas dan pesanan teks di Whatsapp.

Terbaharu, UNIMAS On The Go telah memperkenalkan ciri tambahan seperti ‘Travel Claim’ yang akan memberikan makluman mengenai status terkini mengenai permohonan tuntutan elaun di kalangan staf UNIMAS.
Memaparkan jadual waktu setiap pelajar dan boleh dimasukkan ke dalam kalendar pelajar itu sendiri.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy M.A.t

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3112120

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa