• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim dilantik Komandan Kor SUKSIS UNIMAS

on 05 December 2014.

Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim dilantik Komandan Kor SUKSIS UNIMAS

korsuksis 16820141204

KOTA SAMARAHAN, 5 DIS : Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi telah dilantik sebagai Komandan baharu Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) UNIMAS dengan menjawat pangkat Asisten Komisioner Kehormat Kor SUKSIS UNIMAS.

Perlantikan tersebut telah dilakukan pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Sijil Pelantikan Komandan kor sukarelawan polis siswa/siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Sarawak telah berlangsung di bilik galeri, Rumah Universiti, kelmarin.

Majlis turut menyaksikan lantikan Timbalan Superitendent Kehormat Kor SUKSIS UNIMAS kepada Tuan Rajan Thangaveloo yang juga merangkap Pegawai Ajutan Kor SUKSIS UNIMAS.

Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim merupakan komandan yang ke-tiga Kor SUKSIS UNIMAS selepas Profesor Dr Abdul Rashid Abdullah dan Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Dalam teks ucapan Pesuruhjaya Polis Sarawak, YDH Senior DCP Dato’ Sri Muhammad Sabtu bin Osman, beliau percaya dan yakin perlantikan Profesor Dato’ Dr Kadim sebagai Komandan baharu akan memberi impak lebih positif dalam usaha melahirkan graduan sekaligus masyarakat yang berguna dan mempunyai sahsiah kepolisian.

“ Penglibatan pelajar dalam dalam Kor SUKSIS juga akan menjadi titik permulaan dalam usaha ke arah meneruskan agenda memperkukuh sahsiah, penampilan jati diri siswa siswi,” katanya dalam teks ucapan yang telah dibacakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Dr Chai Khin Chung.

Beliau berkata, program dan latihan yang diberikan kepada pelatih bukan sahaja memberi kebaikan kepada pelatih sendiri tetapi juga memberi implikasi positif dalam usaha mengeratkan hubungan antara masyarakat dan PDRM.

Sementara itu, Profesor Dato’ Dr Kadim mengucapkan terima kasih atas perlantikan tersebut dan berharap agar kerjasama di antara universiti ini dan PDRM akan terus terjalin di masa hadapan.

Beliau memberitahu, penglibatan pelajar di dalam Kor SUKSIS adalah amat dialu-alukan kerana ia bukan sahaja meningkatkan disiplin tetapi dapat melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

“ Kita tidak mahu generasi yang bakal bergelar graduan satu hari nanti adalah dikalangan mereka yang menentang kerajaan, tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara, menganggu-gugat keselamatan dan tidak menghormati institusi sistem beraja di negara ini.

“ Oleh itu, penglibatan mereka dalam Kor SUKSIS ini merupakan satu platform yang bersesuaian dan bermanfaat untuk membentu jati diri mereka di peringkat awal sebelum keluar sebagai graduan kelak,” katanya lagi.

Pegawai-pegawai kehormat SUKSIS adalah terdiri daripada kalangan pensyarah-pensyarah UNIMAS.

Setiap tahun sejak penubuhannya pada tahun 2015, SUKSIS akan membuat pengambilan 70 orang pelatih baharu masing-masing terdiri dari 35 pelatih lelaki dan peremupuan dari kalangan penuntuh tahun pertama.

Manakala, pengtauliahan pelatih akan dilakukan bagi mereka (pelatih) yang telah menyertai latihan SUKSIS selama tiga tahun melibatkan kursus-kursus kepolisian, undang-undang, kawad, senjata menembak, khidmat komuniti, kerohanian dan sebagainya.

Kor SUKSIS ditubuhkan di Institut Pengajian Tinggi Awam adalah bertujuan sebagai instrumen dalam kokurikulum pelajar IPTA bagi membentuk sahsiah diri dan pembangunan mahasiswa.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa