• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS STEM EnCon2014 beri kesedaran mengenai alam sekitar

on 09 December 2014.

UNIMAS STEM EnCon2014 beri kesedaran mengenai alam sekitar

EnCon14 7820141208

KOTA SAMARAHAN, 9 Disember: Sebanyak lima puluh kertas kerja akan dibentangkan didalam ‘ UNIMAS STEM EnCon2014’ yang diadakan selama dua hari bermula hari ini dengan perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Muda Perhubungan dan Menteri Muda Sukan Sarawak, YB Datuk Lee Kim Shin mewakili Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem.

Persidangan itu merupakan kali ketujuh dianjurkan oleh UNIMAS dengan tema tahun ini bertajuk ‘ Advances in Process Engineering, Green Energy and STEM Education’.

Dalam teks ucapan yang dibacakan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Ketua Menteri berkata persidangan ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk memberi kesedaran tentang isu penting terutama kepentingan alam sekitar seperti masalah jerebu.

Katanya, adalah penting isu seperti itu dititik berat secara lebih serius dengan mencari jalan bagi memastikan transformasi daripada sisa buangan tanaman kepada sumber tenaga hijau yang bermanfaat kepada alam.

“Dengan pembentangan kerja kerja yang dibentangkan hari ini, kita berharap akan membawa hasil yang positif terutama dalam membantu Sarawak khasnya dan Malaysia amnya untuk mencapai kualiti alam sekitar yang lebih baik di masa akan datang,” katanya lagi.

Ketua Menteri turut berbangga dengan UNIMAS yang selama ini berusaha keras dan tidak mengenepikan tanggungjawab kepada masyarakat sama ada di peringkat tempatan mahupun kebangsaan. Katanya, sebagai contoh, projek mikro-hidroelektrik di bawah CoERE merupakan penyelidikan yang baik dan bersifat kemasyarakatan serta mencerminkan pencapaian UNIMAS dalam pembangunan dan penyelidikan untuk kebaikan masyarakat global.

“Malah, UNIMAS juga sebagai penyelaras untuk U-SCORE dan sering dijadikan rujukan masyarakat global dalam mengukuhkan persefahaman serta kerjasama dua hala,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Datuk Lee Kim Shin.

Manakala Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan beliau berkata, UNIMAS akan terus mencari jalan memperkukuh pembangunan dan penyelidikan di universiti ini. Beliau berkata, kepakaran warga akademik UNIMAS dalam pelbagai bidang pembelajaran serta kejayaan mereka memenangi banyak anugerah penyelidikan serta program kolaborasi, telah menyumbang kepada kejayaan UNIMAS sebagai universiti ketujuh terbaik dalam negara dan memperolehi taraf 5-Bintang daripada Sistem Penarafan IPT Malaysia, MQA baru-baru ini.

Objektif persidangan ini adalah untuk menyediakan platform kepada para pakar, para akademik dan industri untuk berkongsi serta membentangkan penemuan pembangunan dan penyelidikan mereka dalam tenaga hijau dan proses kejuruteraan, untuk menyebarkan status dan pembangunan terkini SCORE serta maklumat lain yang berkaitan dengan pihak industri, orang awam dan sebagainya.

Dalam persidangan itu juga, terdapat empat ucaptama akan dibentangkan iaitu daripada Profesor Emeritus Dr Martin Rhodes dari Universiti Monash, Australia, Datuk Torstein Dale Sjotveit (Sarawak Energy Berhad), Profesor Ir.Dr Mohd Sobri Takriff (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Profesor Ir. Dr Dominic Foo Chwan Yee (Universiti Nottingham, cawangan Malaysia). Manakala 48 kertas kerja akan dibentangkan oleh penyelidik daripada enam buah negara.

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141175

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa