• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Joran SISPA janjikan hadiah lumayan

on 09 December 2014.

Joran SISPA janjikan hadiah lumayan

joran

KOTA SAMARAHAN, 9 Disember : Hadiah wang tunai yang lumayan menanti pemenang pertandingan Joran Terbuka SISPA yang akan berlangsung di tasik UNIMAS pada 14 Disember akan datang.

Menurut Pengerusi pertandingan, Cik Nurulhidayah bte Kapeh, pertandingan joran itu merupakan anjuran Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Malaysia Sarawak bersempena dengan Mini Festival SISPA.

Beliau berkata, wang tunai sebanyak RM2,000 akan diberi kepada tempat pertama diikuti RM1,000 untuk tempat kedua dan RM700 untuk tempat ketiga.
“Kita menyasarkan penyertaan seramai 300 orang termasuk warga universiti dan masyarakat sekeliling,” katanya.

Nurulhidayah berkata mereka yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran pada tarikh tersebut (14 Disember) bermula jam 6.30 pagi hingga 8 pagi manakala pertandingan akan bermula pada 7 pagi hingga 2 petang.

Beliau berkata yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 untuk sebatang joran dan RM50 untuk dua batang joran.

Katanya lagi, hanya kaedah pancing dasar atau ‘bottom’ dibenarkan kepada peserta mankala umpan adalah bebas kecuali umpan tiruan, rapala dan organ haiwan.

Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi Nurulhidayah di talian 012-8773293 atau Ly Chong di talian 012-6016999.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Bujang Mohamad

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa