• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Karnival Kerjaya Innovation, Career and Education (ICE) 2014

on 09 December 2014.

Karnival Kerjaya Innovation, Career and Education (ICE) 2014

ICE14 3220141209

Kota Samarahan, 8 Disember 2014: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan mengadakan Karnival Kerjaya Innovation, Career and Education (ICE 2014) mulai 9-11 Disember 2014 di DeTAR PUTRA, UNIMAS.

Acara ini menawarkan satu platform atau forum untuk menjalinkan hubungan baik dan mewujudkan interaksi berkesan antara pihak majikan dan para pelajar universiti-universiti di Borneo.

Pelbagai syarikat termasuk syarikat kecil, syarikat terkemuka, multinasional dan inovatif dalam pelbagai sektor menyertai karnival kerjaya ini. Antara syarikat tersebut ialah Sapura Kencana, Infineon Technology, Graduan, TM Point, DiGi dan banyak lagi.

Aspirasi program ini adalah untuk memberi peluang kepada majikan mengenali potensi tenaga kerja melalui proses pentaksiran dan temu duga secara terperinci serta menggalakkan para pelajar untuk merebut peluang dalam bidang pekerjaan yang diminati di syarikat-syarikat yang telah dikenal pasti.

Pelajar-pelajar UNIMAS, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di serata Borneo dan orang awam yang hadir boleh membawa terus resume mereka ke syarikat yang diminati pada bila-bila masa sepanjang karnival kerjaya tersebut.

Majlis perasmian karnival kerjaya ICE 2014 diadakan pada 9 Disember 2014, jam 9.00 pagi di DeTAR PUTRA, UNIMAS. Orang ramai dialu-alukan hadir sepanjang karnival kerjaya ini diadakan 9 hingga 11 Disember bagi memanfaatkan sepenuhnya peluang keemasan ini.

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3131444

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa