• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

FSGK ‘Lunchtime Concert’ berentakkan musik klasikal

on 10 December 2014.

FSGK ‘Lunchtime Concert’ berentakkan musik klasikal

ET

ET1

KOTA SAMARAHAN,10 Disember : Program Musik Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS telah mempersembahkan konsert ‘lunchtime’ selama satu jam hari ini.

Menurut Kordinator Program Musik FSGK, Dr Thia Sock Siang, mulai semester ini, program musik FSGK bercadang untuk menganjurkan konsert pada waktu rehat tengahari iaitu bermula jam 1 petang sebanyak enam kali sepanjang satu semester.

Katanya, konsert hari ini merupakan kali kelima bagi semester ini di mana konsert terakhir akan diadakan pada hari yang sama minggu hadapan di Panggung Eksperimen, FSGK.

“Untuk konsert ini, kita persembahkan muzik klasikal yang mana akan disertai oleh pelajar dan pensyarah program musik FSGK serta beberapa orang peserta jemputan,” katanya.

Beliau berkata, tujuan konsert ‘lunchtime’ diadakan adalah sebagai peluang buat pelajar untuk menunjukkan bakat bermain instrumen muzik masing-masing serta cara untuk para penonton menikmati masa rehat yang ada.

Dalam konsert hari ini, persembahan lincah Natasha Francesca Paran berusia lima tahun bermain piano dan biola antara yang menarik perhatian para penonton yang hadir.

Antara yang mempersembahkan bakat hari ini ialah Seo Mei Hwa, Marie Colombier, Tam Joo Yee, Yoesbar Djaelani, Wong Lee Ting, Frecella Jane, Tang Chern Pin dan Wolfgang Oelschlegel.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141174

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa