• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Tabung UNIMASku Sayang bantu mereka yang memerlukan

on 09 January 2015.

Tabung UNIMASku Sayang bantu mereka yang memerlukan

bencana 520150109

“ Warga prihatin...” para staf dari Bahagian Khidmat Pengurusan Canselori (BKPC) dan Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat (BPKK) UNIMAS menghulurkan sumbangan wang ke dalam Tabung UNIMASku Sayang.

 KOTA SAMARAHAN, 9 Januari 2015 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah memulakan usaha mengisi Tabung UNIMASku Sayang, yang bermula hari ini di semua fakulti, bahagian, pusat dan institut kecemerlangan di universiti ini.

Tabung UNIMASku Sayang merupakan satu langkah proaktif yang diambil untuk membuka peluang kepada warga universiti ini menyumbang wang bagi tujuan pengumpulan dana untuk membantu mereka yang memerlukan kelak.

Sebagai permulaan, tabung berkenaan akan memfokuskan pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutama mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung.

Untuk tujuan itu, sumbangan kewangan menerusi tabung berkenaan bagi membantu kumpulan sasaran mangsa banjir yang telah dikenal-pasti tersebut akan dilakukan sehingga 31 Januari 2015.

Selain warga UNIMAS sendiri, pihak luar dan individu yang berhajat untuk membantu mangsa banjir juga boleh menyalurkan bantuan kewangan ke dalam Tabung UNIMASku Sayang menerusi akaun Universiti Malaysia Sarawak, no akaun 80-0511503-0 di CIMB Bank (Jalan Satok, Kuching).

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135214

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa