• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS hantar sukarelawan bantu mangsa banjir

on 13 January 2015.

UNIMAS hantar sukarelawan bantu mangsa banjir 

Azlan ramli

" UNIMAS turun padang membantu..." Azlan Ramli

KOTA SAMARAHAN, 9 Januari 2015 : Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi akan mengetuai 200 orang sukarelawan ke bahagian Pantai Timur untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sana.

Ketua Penolong Pendaftar Pusat Khidmat Pelajar (PKP) UNIMAS, Encik Azlan Ramli berkata sukarelawan terdiri daripada 160 orang pelajar dan 40 orang staf dari universiti ini.

Beliau berkata, program tersebut yang diadakan selama satu minggu bermula 17 Januari ini akan dibahagikan kepada dua tempat iaitu di Pahang dan Kelantan.

“Kita akan membantu dari segi membawa barangan keperluan berupa makanan dan sebagainya serta membantu membersih rumah dan juga sekolah-sekolah di kawasan yang dilanda banjir,” katanya.

Encik Azlan berkata, pihaknya akan membeli barangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang telah dikenal-pasti menggunakan dana dari tabung UNIMASku Sayang.

Beliau menambah, antara barangan seperti dapur gas, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Jelasnya lagi, tabung UNIMASku Sayang yang ditubuhkan sejak awal tahun ini bertujuan untuk mengumpul dana sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan bantuan akibat bencana dan lain-lain.

UNIMAS katanya, mensasarkan jumlah kutipan sepanjang tahun berjumlah RM70 ribu untuk tabung berkenaan yang diperolehi dari kutipan sumbangan UNIMAS sendiri, pelajar dan warga kerja UNIMAS serta orang-perseorangan.

Sebagai permulaan, tabung berkenaan akan memfokuskan pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutama mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung.

Sumbangan kewangan menerusi tabung berkenaan bagi membantu kumpulan sasaran mangsa banjir yang telah dikenal-pasti tersebut akan dilakukan sehingga 31 Januari 2015.

Oleh demikian, mereka yang berminat untuk menyalurkan bantuan, boleh berbuat demikian dengan memasukkan jumlah sumbangan ke dalam Tabung UNIMASku Sayang menerusi akaun Universiti Malaysia Sarawak, no akaun 80-0511503-0 di CIMB Bank (Jalan Satok, Kuching).

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Bujang Mohamad

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111902

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa