• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS terima watikah autonomi

on 16 January 2015.

UNIMAS terima watikah autonomi

tpm 1

tpm 2

tpm 3

Putrajaya 16 Januari 2015 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima watikah autonomi secara rasmi yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj. Mohd Yassin yang juga Menteri Pendidikan kepada Dato' Hatta Solhi selaku Lembaga Pengarah UNIMAS dan Naib Canselor UNIMAS, Professor Dato' Dr Mohammad Kadim Suaidi dalam majlis perutusan tahun baharu 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya Interational Convention Centre (PICC) pagi tadi.

Dalam majlis tersebut, beliau juga turut menyatakan pada tahun 2015 amat mencabar bagi Institusi Pengajian Tinggi kerana Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi  2015-2025 yang akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini merupakan satu usaha untuk melahirkan Bakat Terpelajar dipacu Nilai (Learned Values-Driven Talent) agar tranformasi negara menuju ekonomi dipacu pengetahuan (knowledge-driven economy) dapat dicapai. Pelan ini juga akan menghasilkan kelompok bakat yang inovatif dan kreatif disusui dengan agenda New Academia RMK-11.

‘’Pemberian autonomi adalah satu daripada langkah penting untuk menjadikan pengurusan IPTA lebih berdaya saing, kreatif dan fleksibel ’’ Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin

Beliau turut menekankan prinsip asas yang perlu dipenuhi bagi memastikan IPTA mampu memanfaatkan status autonomi sepenuhnya. Prinsip asas ini merupakan sempadan dan skop universiti dalam melaksanakan autonomi yang diberikan. Ini adalah penting kerana walaupun universiti diberikan autonomi penuh, kerajaan masih bertanggungjawab keatas autonomi tersebut.

Artikel & foto : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134869

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa