• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Brainstorming Bersama Majlis Profesor Negara

on 22 January 2015.

Brainstorming Bersama Majlis Profesor Negara

mkm

KOTA SAMARAHAN, 22 Januari : Sesi ‘brainstorming’ Majlis Profesor Negara (MPN) bersama para Profesor di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dilihat sebagai usaha proaktif MPN untuk menghimpunkan golongan intelektual dalam pelbagai bidang di Malaysia.

Sesi berkenaan yang diketuai oleh Setiausaha Agung merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose itu bermula kira-kira jam 3 petang tadi  bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Rumah Universiti, UNIMAS.

Rombongan dari MPN turut disertai oleh Timbalan Setiausaha Agung, Profesor Dr Kamaruddin M.Said, Ketua Pegawai Operasi, Puan Hazizah Wahab, Ketua Kluster ICT, Profesor. Dato’ Dr Halimah Badioze Zaman, Ketua Kluster Industri dan Inovasi, Profesor Dr Mohd Kamal Hj  Harun dan Ketua Kluster Pertanian dan Makanan, Profesor Dr.Gizan Saleh.

Naib Canselor dalam ucapan mengalu-alukan kehadiran rombongan MPN berharap kerjasama di antara dua pihak ini akan berterusan dan kukuh sampai bila-bila.

Beliau berkata, sesi brainstorming yang dilakukan oleh MPN itu dilihat memberi manfaat kepada semua pihak terutama para Profesor dalam usaha menyumbang sesuatu terutama berkaitan pandangan dan nasihat dalam pendidikan negara.

Sementara itu, Profesor Dr Kamaruddin yang ditemuramah memberitahu sesi brainstorming itu bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara MPN dan para Profesor di setiap universiti di negara ini.

Beliau berkata, selain itu, MKN juga bercadang untuk membawa para Profesor yang dilihat mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing untuk dimasukkan sebagai ahli panel bagi program dialog bersama pemikir yang disiarkan di Astro Awani.

“ Program ini merupakan kerjasama di antara Astro Awani dan MPN. Ia merupakan forum khas yang membincangkan tentang isu-isu semasa yang mana ahli panel adalah di kalangan para Profesor.

“Oleh itu, adalah baik jika para Profesor dari universiti di Sarawak dan Sabah turut diketengahkan sebagai ahli panel program ini kerana kita mahu lebih ramai pemikir yang boleh memberi pandangan dan perspektif yang berbeza tentang sesuatu isu seperti banjir yang kita hadapi sekarang ini,” katanya sambil menambah, jumlah rating program itu mencecah 8 juta orang.

Sebelum sesi brainstorming dilakukan bersama para profesor di universiti ini, rombongan MPN telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Turut menyambut kehadiran para rombongan semasa kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kopli Bujang dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111902

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa