• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Penyelidik UNIMAS berjaya lengkapkan projek rawatan air di Sadong Jaya

on 02 February 2015.

Penyelidik UNIMAS berjaya lengkapkan projek rawatan air di Sadong Jaya

Water 294 20150131

KOTA SAMARAHAN, 2 Februari: Penyelidik UNIMAS berjaya melengkapkan projek memproses dan merawat air bagi tujuan menghasilkan air bersih di Masjid DP Haji Abd Rahman Yakob, Sadong Jaya.

Projek yang dipanggil ‘'Water Desalination and Supply' merupakan aktiviti di bawah University Community Transformation Center (UCTC) yang mana merupakan satu dari agenda Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS).

Projek tersebut merupakan kendalian pasukan penyelidik ‘Manufacturing Operation Research and Sustainability Studies Group’ dan diketuai oleh oleh Profesor Dr Shahidul dari Fakulti Kejuruteraan UNIMAS.

Dalam projek tersebut, pasukan penyelidik telah berjaya merekabentuk, membangun, membina dan mentauliahkan satu loji rawatan air yang menggunakan air mentah Saline dari Sungai Sadong.

Seterusnya, air tersebut diproses serta dirawat untuk menghasilkan air bersih dan terawat tanpa menggunakan sebarang bahan kimia mahupun sumber tenaga yang besar.

Projek tersebut bermula sejak bulan September tahun lepas dan berjaya dilengkapkan pada 1 Januari 2015.

Hujung minggu lepas, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi telah melawat projek berkenaan.

Artikel : BPKK || Foto : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3131444

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa