• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Memperkasa Keunikan Jenama UNIMAS

on 04 February 2015.

AmanatNC-291-20150204

AmanatNC-116-20150204

KOTA SAMARAHAN, 4 Februari 2015 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bakal menubuhkan sebuah sekolah perniagaan dipanggil ‘UNIMAS Business School’ (UBS) sebagai transformasi terbesar yang diterajui oleh sebuah universiti awam di Sarawak.

Pengumuman penubuhan UBS yang juga merupakan pertama kali diumumkan di negeri ini telah disampaikan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi semasa beliau membentangkan amanat dalam Majlis Amanat Naib Canselor Tahun 2015, bertempat di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, hari ini.

Menurut beliau, penubuhan UBS adalah sejajar dengan hasrat universiti ini untuk menyediakan peluang pendidikan yang terpilih di rantau ini serta bertepatan dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menekankan kepada ilmu keusahawanan.

“ UBS akan memfokuskan kepada pengajian siswazah dan pengajian sepanjang hayat dengan pengambilan pelajar dibuat dalam tahun ini,” katanya lagi.

Naib Canselor berkata, untuk peringkat awalan, UBS akan menawarkan program Eksekutif dan program keusahawanan dan perniagaan menerusi penekanan ‘ Hands-On Education Experience”.

Selain itu, Naib Canselor turut mengumumkan penjenamaan lima PTj (Pusat Tanggungjawab) UNIMAS iaitu UNIMAS Research Innovation, UNIMAS International, UNIMAS Graduate School, UNIMAS Publisher dan UNIMAS Engage.

Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim berkata, penjenamaan PTj itu membolehkan UNIMAS meletakkan nilai tinggi kepada universiti selain memberi suntikan nafas baharu terhadap daya upaya universiti dalam menghadapi persaingan dalam pengajian tinggi negara.

“ Malah, ia bertepatan dengan langkah KPM yang menggariskan keperluan IPT tempatan untuk meningkatkan visibiliti global melalui jalinan kerjasama antarabangsa serta mencapai kedudukan dunia yang terbaik,” katanya.

Tahun ini, amanat Naib Canselor bertemakan ‘Memperkasa Keunikan Jenama UNIMAS’. Antara lain intipati amanat, menyingkap kejayaan universiti ini pada tahun lepas.

Amanat yang disampaikan kira-kira dua jam itu telah dihadiri oleh lebih 2,000 kakitangan universiti yang terdiri di kalangan staf akademik dan bukan akademik.

Antara kejayaan yang telah dicapai oleh UNIMAS pada tahun lepas termasuk penganugerahan status Universiti Autonomi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, penganugerahan SETARA Tier 5 Cemerlang oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), penempatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IKPK) di kampus Samarahan, kelulusan semakan kurikulum 24 program Prasiswazah dari Jabatan Pengajian Tinggi dan lain-lain.

Video : Ucapan Amanat Naib Canselor

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3138128

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa