• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS tuan rumah National Academic Decathlon peringkat Sabah & Sarawak

on 18 February 2015.

 NAD

“ Kerjasama…” Wakil UNIMAS dan NAD bergambar bersama-sama selepas mesyuarat bersama kelmarin.

KOTA SAMARAHAN, 18 Februari 2015: National Academic Decathlon (NAD) telah mengadakan mesyuarat bersama wakil Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi membincangkan penganjuran program ‘National Academic Decathlon 2015’ (NAD 2015), kelmarin.

Rombongan NAD telah diketuai oleh Pengerusi NAD, YBhg Senator Tan Sri Dato’ Seri Prof.Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah, manakala UNIMAS diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Sarawak telah dipilih sebagai salah satu dari lima lokasi NAD yang julung kali diadakan di Malaysia.

Bersejarah buat UNIMAS sendiri apabila dipilih sebagai tuan rumah untuk peserta-peserta dari Sabah dan Sarawak yang akan diadakan pada 11 hingga 12 April tahun ini di kampus UNIMAS, Kota Samarahan. Pelbagai pertandingan intelektual seperti penulisan kreatif dan debat akan diadakan sepanjang decathlon tersebut. Penutup acara akan diadakan pada petang 12 April nanti.

Pemenang bagi NAD Sarawak akan dipilih untuk bertanding di peringkat kebangsaan pada bulan Jun dimana pemenang peringkat kebangsaan pula akan mewakili Malaysia ke Academic Decathlon di Yale University, Amerika Syarikat pada bulan November tahun ini.

Jemputan bagi peserta Academic Decathlon akan dibuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 sehingga ke peringkat Matrikulasi dan Asasi di Sabah dan Sarawak.

Artikel & Foto : Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141176

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa