• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Anugerah Akademik Negara iktiraf golongan akademik

on 06 March 2015.

Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-9

KOTA SAMARAHAN, 6 Mac 2015 : Satu taklimat khas mengenai Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-9 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Rumah Universiti, UNIMAS, hari ini.

Taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Prof Dr Halimaton bt Hamdan, Profesor, Jabatan Pengurusan Sains dan Rekabentuk, UTM Kuala Lumpur.

Antara yang hadir untuk mendengar taklimat berkenaan adalah wakil-wakil akademik Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

Tujuan taklimat di Zon Sarawak adalah untuk memastikan penyertaan daripada calon-calon di Sarawak kerana disebabkan sejak sembilan tahun AAN diadakan, penyertaan daripada calon-calon di negeri ini amat kurang.

Ia juga sebagai medium untuk membimbing secara terperinci mengenai kategori AAN daripada segi asas anugerah, syarat, tatacara pengisiang borang dan masalah teknikal yang perlu diatasi.

Sementara itu, tujuh kategori anugerah dibuka untuk AAN ini iaitu Anugerah Tokoh Akademik Negara, Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Anugerah Penerbitan Buku, Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk, Anugerah Seni dan Kreativiti, Anugerah Pengajaran dan Anugerah Ahli Akademik Harapan

Penyertaan adalah terbuka kepada semua universiti awam dan swasta, kolej universiti, politeknik, kolej komuniti dan institut pendidikan guru manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2015 jam 5.00 petang.

Majlis AAN yang akan diadakan pada bulan September ini bertujuan untuk mengiktiraf ahli-ahli akademik negara yang mencapai prestasi cemerlang dalam bidang akademik, penyelidikan dan penulisan.

Bagi Anugerah Tokoh Akademik Negara, ia berdasarkan pencalonan oleh IPT dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM200,000 berserta piala dan sijil menanti pemenang.

Maklumat juga boleh didapati terus dengan menghubungi pegawai bertugas, iaitu Cik Nurul Nadheerah Baharudin (talian 03-8870 6546) dan Puan Rohani Abdullah (talian 03-8870 6534) atau layari laman sesawang http://jpt.moe.gov.my/aan/

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3132368

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa