Kota Samarahan, 11 Mac 2015 : UNIMAS dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak cawangan Kota Samarahan (JBPMNS), telah mengadakan latihan pengungsian bangunan (building evacuation) pada petang tadi.
Simulasi kebakaran berlaku di bangunan Canselori sekaligus mewajibkan semua kakitangan di bangunan mengosongkan bangunan tersebut dan bergerak secara selamat di kawasan perhimpunan yang telah disediakan.
Deringan loceng kebakaran dilakukan pada jam 3 petang dan turut diadakan simulasi bantuan kecemasan dari kakitangan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS.
Dalam simulasi bantuan kecemasan itu, lima pelajar UNIMAS yang memainkan peranan sebagai mangsa kebakaran telah diberi bantuan kecemasan dengan seorang daripadanya mengalami kecederaan parah dan dihantar menggunakan ambulan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapat rawatan lanjut.
Rawatan kecemasan diketuai oleh Pakar Perubatan Kecemasan FPSK UNIMAS, Dr Nariman Singmamae bersama empat lagi kakitangan terdiri jururawat dan pembantu kesihatan.
Ketua Operasi dari JBPMNS Kota Samarahan,Tuan Kam Liman mengisytiharkan bahawa bangunan Canselori selamat diduduki pada jam 3.30 petang
Artikel : Sareha Haidir || Foto : Azlandy M.A.T