• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

IPG Keningau lawat Pusat Sukan UNIMAS

on 16 March 2015.

sabah

KOTA SAMARAHAN, 16 Mac 2015 : Seramai 61 guru pelatih termasuk tiga orang pensyarah dari Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan PISMP Bahasa Melayu (SKJC) dan Prasekolah Semester 5, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau telah mengadakan lawatan ilmiah ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kehadiran rombongan pelajar dan guru tersebut telah disambut mesra Pegawai Belia dan Sukan dari Pusat Sukan UNIMAS, Awang Arshad bin Awang dan kakitangan pusat berkenaan.

Menurut ketua rombongan IPG Keningau tersebut, Encik Abdul Aziz Busri tujuan lawatan sebagai memenuhi kehendak tugasan sekaligus dalam usaha melahirkan bakal pendidik yang memiliki nilai sahsiah dan keperibadian yang unggul untuk persediaan berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

“Kita juga berharap dengan lawatan ini, para guru pelatih dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan,” katanya.

Beliau berkata, lawatan tersebut juga akan memberi pendedahan kepada guru pelatih berkaitan undang-undang dan pentadbiran sukan serta meningkatkan pengetahuan tentang isu-isu dalam sukan.

Dalam sesi lawatan tersebut, Awang Arshad turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai UNIMAS dan Pusat Sukan kepada para ahli rombongan dan rombongan di bawa melawat dan meninjau sendiri kemudahan sukan yang terdapat di pusat berkenaan.

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3138111

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa