KOTA SAMARAHAN, 16 Mac 2015: Seramai lebih seratus orang peserta dari kalangan mahasiswa UNIMAS telah menghadiri Simposium Publisiti, Informasi dan Multimedia 2015 (SPIM15) yang diadakan pada Sabtu lepas.
Simposium tersebut merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2014/2015 dibawah kendalian Exco Publisiti, Informasi dan Multimedia.
Antara tujuan SPIM15 adalah untuk menyatukan semua mahasiswa UNIMAS yang memegang portfolio Publisiti, Informasi dan Multimedia samada ada di peringkat fakulti, kolej atau kelab dan persatuan.
SPIM juga bermatlamat untuk mendedahkan protokol dan garis panduan kerja yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar yang terlibat.
Ini kerana, ia adalah penting untuk mendidik mahasiswa UNIMAS supaya bersikap lebih berhati-hati dan menitik berat terhadap setiap media yang mereka ketengahkan.
Dalam simposium tersebut turut diadakan sesi ceramah dari Pegawai Perhubungan Awam, Puan Dayang Nor Hajijah Binti Haji Awang Daud dan Jurugambar, Encik Azlandy Bin Mohammid Ali Tuah.
Kedua-dua penceramah tersebut adalah dari Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat, UNIMAS.