• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar SMK Lake Bau lawat UNIMAS

on 16 March 2015.

SMK LAKE BAU

KOTA SAMARAHAN, 16 Mac 2015 : Seramai 71 orang pelajar tingkatan enam atas termasuk empat belas orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lake, Bau, telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Jumaat lepas.

Menurut ketua rombongan, Cikgu Willpel anak Nyowib, tujuan lawatan ke UNIMAS adalah untuk memberi informasi kepada pelajar mengenai syarat kemasukan dan pilihan kursus yang ada semasa mereka membuat pilihan untuk masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam kelak.

Katanya, ini bukan sahaja usaha untuk mengalakkan lebih ramai pelajar lepasan STPM memasuki institusi pengajian tetapi juga memastikan mereka memilih program yang tepat dan bersesuaian dengan kelayakan dan cita-cita mereka.

Kehadiran rombongan pelajar dan guru tersebut telah disambut mesra oleh Penolong Pendaftar Kanan Fakulti Sains Sosial, Mohamad Zaky Gardafi Ibrahim.

Penolong Pendaftar dari Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat, Puan Aileen Anne ak Jinggong turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai penubuhan dan fakulti-fakulti yang terdapat di dalam UNIMAS kepada para ahli rombongan dan rombongan di bawa melawat sekitar Fakulti Sains Sosial.

Dalam lawatan tersebut, pelajar SMK Lake Bau berkesempatan bersama pelajar UNIMAS dari Persatuan Sains Sosial yang merupakan peluang buat mereka berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada.

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3138142

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa