• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Unimas kongsi ilmu bantu masyarakat

on 08 April 2015.

PESERTA bengkel dari Kampung Assum, Padawan tertarik melihat proses pembelajaran berkaitan pemantauan dan penyelenggaraan kolam ikan di Fakulti Kejuruteraan, Unimas, Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/unimas-kongsi-ilmu-bantu-masyarakat

PESERTA bengkel dari Kampung Assum, Padawan tertarik melihat proses pembelajaran berkaitan pemantauan dan penyelenggaraan kolam ikan di Fakulti Kejuruteraan, Unimas, Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini

KOTA SAMARAHAN 7 April - Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bertekad terus komited berkongsi ilmu pe­ngetahuan dan kepakaran untuk membantu masyarakat terutama luar bandar meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Penolong Naib Canselornya, Prof. Madya Dr. Mohd Ibrahim Safawi Mohd Zain berkata, sebelum ini, banyak projek usahasama dengan masyarakat telah dijalankan oleh universiti berkenaan seperti projek air bersih di Sadong Jaya dekat sini.

Katanya, kesemua projek pembangunan yang diusahakan secara kerjasama itu diharap dapat membantu meningkatkan taraf kehi­dupan penduduk luar bandar terutama yang masih belum mendapat kemudahan asas yang diperlukan.

“Kita (Unimas) mahu dikenali bukan sahaja sebagai penyumbang kepada pendidikan berkualiti, malah sebagai institusi yang membantu masyarakat dalam penyediaan projek bermanfaat yang boleh meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan mewakili Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi pada Majlis Perasmian Bengkel Teknikal Bersama Juara Tempatan Kampung Assum untuk projek sistem pengeluaran ikan yang mampan bagi usahawan luar bandar di Fakulti Kejuruteraan, Unimas di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Ibrahim, apa yang menarik tentang projek pengeluaran ikan mampan tersebut ialah ia melibatkan banyak pihak dan fakulti di universiti berkenaan.

Katanya, antara yang terlibat ialah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber dan Jabatan Pertanian negeri.

Seramai 15 penduduk dari Kampung Assum, Padawan dekat sini, telah menyertai bengkel sehari tentang projek itu yang melibatkan proses pembelajaran berkaitan pemantauan dan penyelenggaraan kolam ikan, kemahiran keusaha­wanan dan pemasaran.

Sementara itu, Ketua Projek, Dr. Siti Halipah Ibrahim berkata, projek tersebut dibiayai dengan geran daripada Universiti Transformasi Komuniti Pusat (UCTC) di bawah Program Strategi Lautan Biro Kebangsaan (NBOS) dan Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui (CREN) dengan kerjasama Jabatan Pertanian serta Jabatan Perikanan negeri.

“Projek ini menggunakan sistem pengeluaran yang mampan berupa teknologi hijau yang memberi ke­utamaan kepada kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar.

“Kos penyelenggaraan projek adalah rendah dan juga kurang risiko.

Kita mengganggarkan kos projek adalah sekitar RM20,000 di mana bagi setiap kampung yang terpilih seperti Kampung Assum, kita akan menyediakan sebuah kolam ikan sahaja,” katanya.

Siti Halipah berkata, projek tersebut diyakini mampu mengeluarkan ikan ternakan yang berkualiti dan banyak seterusnya memberi keuntungan kepada para peserta.

Ketua Kampung Assum, Siang Sayod pula mengucapkan terima kasih kepada Unimas kerana membantu penduduk kampung ber­kenaan menerusi projek tersebut dan percaya usaha tersebut akan meningkatkan pendapatan ekonomi mereka.

Source : Utusan Online

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3137739

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa